Wednesday, November 5, 2014

FAQ EECP in Bahasa Malaysia

Frequently Asked Questions About EECP (Bahasa Malaysia)

1. Apa maksud EECP?

Ia adalah singkatan kepada Enhanced External Counter Pulsation

2. Bagaimanakah rawatan EECP itu?

EECP adalah rawatan jantung tanpa pembedahan dan dirawat sebagai rawatan pesakit luar. Ia mampu menyelesaikan masalah sakit jantung dengan melegakan atau menghilangkan rasa sakit dada (Angina). Semasa rawatan, 'pembalut tekanan' (pressure cuff) akan dibalut disekeliling betis, peha dan pinggul dan tekanan pam akan dikenakan secara berirama mengikut kadar rentak jantung. Ini akan menggalakkan pengaliran darah yang baik ke sekeliling badan terutamanya di jantung itu sendiri. Dalam proses ini, rawatan EECP akan menyebabkan sistem badan membina jaringan saluran darah baru yang banyak dan luas (collateral arteries) yang akan membantu mengalirkan darah ke seluruh bahagian otot jantung. Oleh itu, ia dapat memastikan yang seluruh bahagian otot jantung akan mendapat bekalan darah dan Oksigen yang mencukupi. Oleh kerana ini, EECP juga dikenali sebagai "Natural By-Pass".

 3. Apa itu Angina?

Angina sebenarnya adalah cara bagaimana sistem badan memberitahu kita yang otot-otot di jantung sedang mengalami kekurangan darah yang beroksigen. Otot jantung sangat memerlukan darah yang beroksigen yang disalurkan melalui Arteri Koronari. Apabila terdapat penyempitan atau halangan (calcified and blockages) di dalam saluran darah Arteri Koroneri, bahagian jantung yang mendapat kurang bekalan darah beroksigen akan memberi isyarat yang menyebabkan rasa pedih dan sakit di bahagian dada yang dikenali sebagai Angina Pectoris. Angina menyebabkan rasa pedih atau menekan di bahagian dada, sakit di rahang, leher, lengan, bahagian belakang badan, rasa loya, ataupun rasa letih dan lesu secara amnya. Keadaan Angina berbeza bagi setiap individu.

4. Apa kelebihan EECP berbanding kaedah rawatan jatung yang lain?

a) Ianya dilakukan secara tanpa pembedahan, maka risikonya adalah sangat rendah
b) Ia merupakan rawatan pesakit luar, jadi tidak memerlukan 'ward stay', lalu menjimatkan masa dan kos dan tidak mengganggu rutin harian seperti bekerja dan sebagainya.
c) Tidak memerlukan tempoh pemulihan yang lama
d) Kos rawatan yang sangat rendah
e) Ia merawat masalah lain yang berkaitan dengan aliran darah selain sakitr jantung seperti strok.

5. Apakah manfaat rawatan EECP?

a) Rasa Angina akan berkurangan atau hilang selepas rawatan
b) Menghapuskan keperluan penggunaan ubatan Glyceryl Trinitrate (GTN)
c) Dapat kembali melakukan aktiviti-aktiviti normal selepas selesai dan pulih dari rawatan
d) Dapat menikmati semula kualiti hidup tanpa kesakitan
e) Memperoleh tenaga dalaman seperti normal
f) Tidak perlu mengambil ubatan lain selepas rawatan selesai.

6. Bagaimana rasanya ketika dan selepas menjalani rawatan EECP?

Selepas menjalani beberapa sesi rawatan, anda mungkin merasa sedikit letih terutamnya jika anda sudah lama tidak bersenam. Ini adalah kerana EECP juga merupakan sejenis senaman bagi badan kita dimana ianya bertindak sebagai 'passive exercise'. Keadaan ini adalah normal. Selepas beberapa sesi rawatan dan sistem badan telah berupaya untuk menyesuaikan diri dengan rawatan ini, anda akan merasa lebih bertenaga kerana darah dapat berjalan dengan baik dan arteri kolateral akan mula terbina secara perlahan-lahan.

7. Berapa lama yang diperlukan untuk menjalani rawatan EECP ini?

Pesakit perlu menjalani sebanyak 35 sesi rawatan, dimana setiap sesi memerlukan satu jam. Setiap hari, pesakit akan membuat satu sesi rawatan atau maksima 2 sesi rawatan. Rawatan akan dilakukan selama 5 hari sahaja dalam seminggu. Oleh itu, jumlah masa keseluruhannya adalah 7 minggu bagi yang menjalani satu sesi rawatan sehari dan 4 minggu bagi yang menjalani 2 sesi rawatan sehari.

8. Bila saya dapat merasai kesan dan manfaat rawatan ini?

Kesan secara fizikal sangat bergantung dan berbeza bagi setiap individu. Kebanyakan pesakit akan mula merasai manfaatnya pada pertengahan tempoh rawatan, iaitu sekitar sesi ke-15 dan ke atas. Antara kesan yang dirasai ialah stamina yang lebih baik, waktu tidur yang lebih tetap dan konsisten, kurang atau hilang rasa sakit dada, keupayaan untuk berjalan dengan lebih lama berbanding sebelum rawatan dan kebolehan menaiki tangga tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun, kesan ini semuanya bergantung pada individu masing-masing.

9. Bolehkah saya mendapatkan rawatan ini lebih daripada 35 sesi (1 pusingan rawatan)?

Ya. Anda boleh mengulangi semula rawatan ini sekiranya simptom-simptom sakit jantung berulang semula di masa hadapan. EECP ini bukanlah rawatan sekali seumur hidup. Masalah jantung merupakan masalah yang kronik, oleh itu kemungkinan untuk simptom yang sama berulang mungkin ada. Walaubagaimanapun , sekiranya ada keperluan untuk mengulangi rawatan EECP ini, anda masih tidak menghadapi sebarang risiko yang besar kerana rawatan ini adalah sangat selamat dijalankan. 

10. Berapa lama kesan rawatan EECP ini mampu bertahan?

The International EECP Patient Registry (IEPR) telah memperolehi data berkaitan dengan keselamatan, keberkesanan dan kebaikan jangka panjang rawata EECP ini. Kajian menunjukkan kesan rawatan EECP ini mampu bertahan selama 3 tahun, dan ada juga yang menjangkau sampai 5 tahun. Ianya tergantung kepada kondisi pesakit, gaya hidup yang dijalankan dan amalan pemakanan yang dilalui oleh pesakit. Kebaikan EECP seperti kurangnya rasa sakit dada (Angina), kurang penggunaan NitroGlycerine (GTN) dan corak aliran darah yang baik ke seluruh sistem vaskular (peredaran) darah dalam badan  mampu bertahan lama. 

11. Apa akan terjadi sekiranya saya terlepas untuk membuat rawatan EECP?

Sekiranya anda terlepas satu atau dua sesi rawatan kerana kekangan masa, ianya tidak menjadi masalah yang besar. Anda hanya perlu menggantikan sesi rawatan tersebut selepas itu. Kesan baik rawatan EECP akan menjadi lebih optimum apabila anda mampu membuatnya secara konsisten.

12. Apakah risiko berkaitan rawatan EECP?

Pesakit mungkin mengalami kerengsaan pada kulit (skin irritation) disebabkan pembalut tekanan (pressure cuffs) di bahagian betis dan peha. Ada pesakit yang berasa letih selepas membuat rawatan, tetapi ini hanya lah untuk beberapa sesi rawatan yang pertama sahaja. Selepas 4-5 sesi, pesakit akan berasa lebih bertenaga dan kuat apabila darah mula berjalan dengan lebih lancar. 

13. Adakah EECP ini mendapat kelulusan atau pengiktirafan dari mana-mana badan?

Ya, EECP mendapat kelulusan daripada US Food and Drug Administration (US FDA) pada tahun 1995 sebagai kaedah rawatan untuk penyakit Koronari Arteri (CAD), Angina dan Cardiogenic Shock. Pada tahun 2002 pula, EECP diiktiraf sebagai kaedah rawatan untuk masalah jantung kongestif. EECP telah melalui banyak kajian klinikal di universiti yang terkemuka dan menjadi lebih daripada 190 subjek kajian saintifik yang diterbitkan dalam majalah perubatan utama di seluruh dunia. 

14. Saya mempunyai masalah jantung kongestif. Adakah EECP mampu membantu saya?

Ya, malah pada tahun 2002, EECP telah dikenalpasti sebagai kaedah rawatan untuk masalah jantung kongestif. Selepas menjalani rawatan, pesakit akan mula merasai peningkatan  dengan pengurangan kadar kaki yang bengkak, penurunan kadar sesak nafas dan keletihan dan juga pengurangan pengambilan ubat-ubatan anti diuretik.   

  
15. Saya telah menjalani pembedahan pintasan jantung (by-pass) / Angioplasty (Stenting and balloon). Bolehkah saya menjalani rawatan EECP?

Ya, sudah pasti. Kebanyakan pesakit yang membuat rawatan EECP telah pun membuat kaedah rawatan secara invasif, yakni pembedahan pintasan jantung dan stenting. Malangnya, masalah jantung kembali lagi setelah beberapa tahun. Oleh itu, EECP akan membantu untuk menyelesaikan masalah jantung mereka. 

16. Adakah faktor umur menjadi halangan untuk membuat rawatan EECP?

Tidak. EECP tidak mempunyai sebarang halangan untuk membuat rawatan EECP. Kami telah berjaya merawat pesakit jantung seawal usia 30-an hingglah ke lebih dari 85 tahun. 

17. Adakah terdapat pesakit yang tidak dapat membuat rawatan EECP ini?

Ya, ada beberapa kategori pesakit yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan EECP iaitu mereka yang mengandung, pesakit yang mempunyai masalah injap aortic jantung yang kronik, pesakit yang mempunyai penyumbatan saluran darah di bahagian kaki yang serius (Deep Vein Thrombosis) dan juga pesakit strok yang pernah mengalami pendarahan dalaman (hemorrhage).   

18. Adakah EECP akan menyebabkan 'plak' yang tersumbat di dalam arteri darah pecah dan menyebakan strok atau serangan jantung?

Tidak. Sistem badan manusia mamatuhi hukum fizik dimana cecair yakni darah di dalam saluran darah akan melalui laluan yang mempunyai halangan yang paling kurang. Plak yang terdapat didalam saluran darah akan membina halangan bagi laluan darah di dalam saluran darah. Semasa membuat rawatan EECP, apabila darah balik ke jantung, ia akan secara semulajadi memintas laluan yang mempunyai halangan tersebut, dan melalui laluan yang baru terhasil daripada rawatan EECP, iaitu arteri yang baru. Walaupun laluan ini sedikit lebih panjang, tetapi ianya mudah untuk dilalui kerana tidak terdapat sebarang halangan atau plak. Lama kelamaan, laluan baru ini akan menjadi lebih kuat dan akhirnya menjadi laluan utama darah di dalam jantung pesakit. 

19. Saya mengalami masalah kadar denyutan jantung tidak sekata (irregular heart beat/ palpitation). Apakah saya masih boleh menjalani rawatan EECP?

Ya, masalah palpitation tidak akan mengganggu rawatan EECP selagi ianya dikawal dengan baik dan kadar denyutan jantung tidak melebihi 100 kali seminit. 

20. Saya mempunyai masalah 'peripheral vascular disease' (PVD), iaitu aliran darah yang lemah di bahagian kaki. Adakah saya perlu menjalani rawatan EECP?

Ya, anda perlu menjalaninya. EECP akan membantu memulihkan kadar aliran darah anda bukan sahaja di bahagian kaki malah seluruh sistem vascular (peredaran) darah anda. 

21. Selain jantung, apakah masalah kesihatan lain yang dapat dirawat dengan kaedah EECP?

Secara dasarnya, EECP membantu memulihkan kadar aliran darah di seluruh sistem vaskular badan dengan merangsang sistem badan untuk menghasilkan arteri koleteral yang baru (Angiogenesis). Oleh itu, sebenarnya,banyak masalah kesihatan lain selain jantung yang dapat dipulihkan atau diperbaiki ( improve)  sekiranya aliran darah dapat dibaiki dan dipertingkatkan, seperti:

a) Strok (tanpa pendarahan dalaman)
b) 'Peripheral vascular disease' (PVD)
c) Erectile Dysfunction
d) Retinopathy (penghilatan kabur bagi pesakit diabetik)
e) Neuropathy (masalah gangguan saraf pesakit diabetik)
f) Nefropathy (masalah buah pinggang- tergantung kepada kes secara spesifik)

dan lain-lain lagi.

Kunjungi kami sekarang untuk mendapatkan sesi penerangan lanjut mengenai EECP dan juga satu sesi percubaan EECP secara percuma.

Hubungi : En. Yazry Helmy
 - 019-6681786 / 03- 4148 1786 - di Kuala Lumpur





atau En. Mohamad Khairi 
019- 4490786 / 04- 656 4171- Penang









No comments:

Post a Comment