Tuesday, June 10, 2014

EECP untuk pesakit Strok

Enhanced External Counter Pulsation atau EECP bukan sahaja mampu merawat masalah jantung koroneri dengan berkesan malah ia juga sangat berkesan untuk merawat pesakit strok.

Apa itu Strok?

Strok terjadi apabila sel-sel di otak mati disebabkan oleh penyumbatan yang berlaku di dalam saluran darah (arteri) yang membekalkan darah dan oksigen ke bahagian otak. Ini menyebabkan bahagian otak itu tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi dan gagal untuk berfungsi. Oleh itu, bahagian anggota badan yang di kawal oleh bahagian otak tersebut akan turut gagal berfungsi, contohnya samada anggota sebelah kanan atau anggota sebelah kiri anggota badan. Beberapa kesan daripada masalah strok menyebabkan pesakit tidak dapat berjalan, mengangkat tangan malah tidak dapat bertutur dengan baik. 

Bagaimana EECP dapat membantu merawat masalah Strok?

EECP mengepam darah beroksigen dari bahagian betis, ke peha dan pinggul untuk balik ke jantung pesakit. Proses ini berlaku pada fasa di mana jantung berada dalam keadaan rehat atau mengembang (Diastol). Ia bertindak secara berlawanan dengan tindakan jantung dimana apabila jantung mengecut (Systol), mesin EECP berada dalam keadaan rehat. Proses ini akan berulang-ulang selama sejam bagi setiap sesi rawatan dan berdasarkan kadar denyutan jantung per minit, melalui ECG yang dipasang pada pesakit. 



Proses mengepam darah ini akan menyebabkan kadar aliran darah ke jantung dan otak bertambah. Ia juga akan meransangkan pertumbuhan saluran darah yang baru yang dikenali sebagai arteri kolateral di sekeliling bahagian saluran darah yang tersumbat. Proses ini dikenali sebagai Angiogenesis. Apabila banyak arteri kolateral yang terbentuk, maka darah dapat dialirkan keseluruh bahagian otak melaluinya dan mengelakkan sel-sel otak daripada mati. Ia juga memulihkan bahagian sel otak yang telah terjejas dan juga fungsi motor secara terus seperti aktiviti berjalan, keseimbangan badan, pertuturan dan penglihatan. 



Bagaimana Prosedur rawatan EECP?

Rawatan EECP adalah sangat mudah. Pesakit hanya perlu menjalani rawatan EECP selama 35 sesi dimana setiap sesi memakan masa selama sejam. Rawatan dilakukan dalam masa 5 hari seminggu secara berterusan. Rawatan ini adalah rawatan pesakit luar dan ianya membolehkan pesakit menjalani aktiviti dan rutin harian seperti biasa ketika menerima rawatan ini.

Dimana saya boleh mendapatkan rawatan EECP?

Kami mempunyai dua outlet yang menyediakan khidmat rawatan EECP. 

1- Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

En. Yazry Helmy Baba Ismail 
019- 6681 786



2. Gelugor, Penang
En. Mohd Khairi Juhari
019- 4490 786




Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai rawatan EECP dan juga sesi percubaan EECP secara PERCUMA.

Hubungi sekarang sebelum terlambat.



No comments:

Post a Comment