Monday, November 7, 2016

KENAPA PERLU BUAT EECP?

Soalan yang paling lazim yang bermain di fikiran adalah kenapa perlu membuat EECP untuk merawat masalah jantung (CAD)?

Pertamanya mari kita fahami semula apa itu EECP dan bagaimana ia berfungsi dalam merawat masalah jantung. Untuk itu, sila rujuk semula ke entry About EECP

EECP merupakan kaedah rawatan jantung moden yang terbukti secara klinikal dan mempunyai risiko yang sangat rendah. Oleh itu, antara tujuan utama kita menjalani rawatan EECP adalah untuk mengurangkan risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit jantung. Tidak dapat dinafikan bahawa kaedah rawatan secara invasif iaitu melalui pembedahan juga mempunyai kadar berjaya (success rate) yang tinggi, tetapi seringkali pesakit mengalami komplikasi atau masalah-masalah lain yang timbul selepas daripada menjalani rawatan tersebut. Masalah ini selalunya berlaku terutamanya bagi pesakit yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, masalah buah pinggang, darah tinggi dan sebagainya. Oleh itu, ada pesakit yang mempunyai masalah kesihatan lain (komplikasi) yang timbul selepas pembedahan berjaya dilakukan. Antara masalah yang timbul terutamanya bagi pesakit diabetes (kencing manis) adalah luka di kaki (dimana urat darah diambil ketika pembedahan) lambat sembuh, malah ada yang menjadi gengren (kaki busuk) disebabkan aliran darah yang sangat lemah, seterusnya menyebabkan kaki tersebut terpaksa dipotong (amputate). 


Contoh luka dikaki selepas pembedahan pintasan jantung (by-pass graft)

Bagi kes-kes sebegini, dimana pesakit mempunyai masalah kesihatan yang pelbagai, maka eloklah EECP dilakukan ke atas mereka bagi merawat masalah Koronari Arteri (jantung tersumbat) berbanding kaedah pembedahan untuk mengurangkan risiko yang bakal dihadapi dan juga mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin timbul kelak. 

Selain itu, EECP juga merupakan pilihan rawatan CAD(jantung tersumbat) yang terbaik bagi pesakit-pesakit yang mempunyai risiko yang tinggi untuk melakukan pembedahan. Antara masalah yang dihadapi yang menyebabkan risiko mereka menjadi sangat tinggi untuk melakukan pembedahan adalah keadaan jantung yang sudah membengkak/mengembang (cardiomegally). Selain itu, tekanan darah yang tinggi, faktor usia dan sebagainya menyumbang ke arah risiko yang tinggi untuk pembedahan. 

Sebagai rumusannya, EECP telah tersedia sebagai kaedah rawatan moden untuk sakit jantung yang terbukti secara klinikal dan mempunyai risiko yang sangat rendah, malah tidak menyakitkan langsung. Pilihan untuk melakukan rawatan EECP adalah sangat tepat untuk mengelakkan sebarang komplikasi/ masalah kesihatan yang mungkin timbul melalui kaedah lain, terutamanya bagi mereka yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Kini, pilihan hanya di tangan anda..

Hubungi kami segera untuk mendapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA dan satu sesi rawatan percubaan EECP secara PERCUMA . Hubungi: 019- 6681786 atau 012- 2268786

Di Kuala Lumpur

Farrali Wellness
65g Jalan Wangsa Delima 5
Wangsa Maju KLSC,
53300, Kuala Lumpur
Tel: 03- 4148 1786



Di Pulau Pinang

Farrali Wellness
2486, Jalan Sultan Azlan Shah,
11700, Gelugor, Penang
Tel: 04- 656 4171







No comments:

Post a Comment