Monday, August 15, 2016

The importance of EECP Therapy





Watch this video which explains the working principles of EECP Therapy.



In brief, EECP therapy will trigger the growing of the new collateral arteries in your body, surrounding the heart muscle which provides new pathway for the blood to flow. With this new collateral arteries surrounding your heart muscle, the entire heart muscle will receive sufficient blood and Oxygen supply which is really vital for healthy living. Thus, the blood circulation will escape and 'by-pass' the blocked arteries and flow through the new grown collateral arteries. 



Call us now for a FREE consultation and one session of EECP trial session.



Call +6019-6681786

     +6012- 2268786





Or visit us at 



FARRALI WELLNESS,

65G, Jalan Wangsa Delima 5
Wangsa Maju KLSC


53300, Kuala Lumpur

Tel: +603- 4148 1786

Fax: +603- 4144 4355



FARRALI WELLNESS

2486, Jalan Sultan Azlan Shah,

11700, Gelugor, Penang

Tel / Fax: +604- 656 4171






Thursday, August 11, 2016

KENALI RAWATAN EECP

Kenali rawatan EECP untuk kesihatan jantung anda

Apakah itu rawatan EECP?
EECP bermaksud Enhanced External Counter Pulsation. Ia merupakan kaedah moden untuk rawatan jantung secara bebas surgeri (Non Invasive) yang berupaya merawat masalah Coronary Artery Disease (Penyumbatan salurah darah di jantung).

Bagaimanakah prosedur rawatan EECP ini dilakukan?
EECP merupakan rawatan secara pesakit luar (outpatient basis) dimana pesakit hanya perlu menjalani rawatan ini selama 2 sesi sehari, selama 5 hari seminggu dan ianya harus dilakukan sebanyak 35 sesi secara total. Ini bermakna, di dalam seminggu, ianya dilakukan sebanyak 10 sesi ( untuk 5 hari sahaja) dan memerlukan sekitar 3 1/2 minggu untuk menyelesaikan kesemua 35 sesi rawatan. Setiap sesi mengambil masa selama 45 minit.

Ia mampu menyelesaikan masalah sakit jantung dengan melegakan atau menghilangkan rasa sakit dada (Angina). Semasa rawatan, 'pembalut tekanan' (pressure cuff) akan dibalut disekeliling betis, peha dan pinggul dan tekanan pam akan dikenakan secara berirama mengikut kadar rentak jantung. Ini akan menggalakkan pengaliran darah yang baik ke sekeliling badan terutamanya di jantung itu sendiri. Dalam proses ini, rawatan EECP akan menyebabkan sistem badan membina jaringan saluran darah baru yang banyak dan luas (collateral arteries) yang akan membantu mengalirkan darah ke seluruh bahagian otot jantung. Oleh itu, ia dapat memastikan yang seluruh bahagian otot jantung akan mendapat bekalan darah dan Oksigen yang mencukupi. Oleh kerana ini, EECP juga dikenali sebagai "Natural By-Pass".


Apa itu Angina?

Angina sebenarnya adalah cara bagaimana sistem badan memberitahu kita yang otot-otot di jantung sedang mengalami kekurangan darah yang beroksigen. Otot jantung sangat memerlukan darah yang beroksigen yang disalurkan melalui Arteri Koronari. Apabila terdapat penyempitan atau halangan (calcified and blockages) di dalam saluran darah Arteri Koroneri, bahagian jantung yang mendapat kurang bekalan darah beroksigen akan memberi isyarat yang menyebabkan rasa pedih dan sakit di bahagian dada yang dikenali sebagai Angina Pectoris. Angina menyebabkan rasa pedih atau menekan di bahagian dada, sakit di rahang, leher, lengan, bahagian belakang badan, rasa loya, ataupun rasa letih dan lesu secara amnya. Keadaan Angina berbeza bagi setiap individu.

Apa kelebihan EECP berbanding kaedah rawatan jantung yang lain?

a) Ianya dilakukan secara tanpa pembedahan, maka risikonya adalah sangat rendah
b) Ia merupakan rawatan pesakit luar, jadi tidak memerlukan 'ward stay', lalu menjimatkan masa dan kos dan tidak mengganggu rutin harian seperti bekerja dan sebagainya.
c) Tidak memerlukan tempoh pemulihan yang lama
d) Kos rawatan yang sangat rendah
e) Ia merawat masalah lain yang berkaitan dengan aliran darah selain sakitr jantung seperti strok.

Apakah manfaat rawatan EECP?

a) Rasa Angina akan berkurangan atau hilang selepas rawatan
b) Menghapuskan keperluan penggunaan ubatan Glyceryl Trinitrate (GTN)
c) Dapat kembali melakukan aktiviti-aktiviti normal selepas selesai dan pulih dari rawatan
d) Dapat menikmati semula kualiti hidup tanpa kesakitan
e) Memperoleh tenaga dalaman seperti normal
f) Tidak perlu mengambil ubatan lain selepas rawatan selesai.

Bagaimana rasanya ketika dan selepas menjalani rawatan EECP?

Selepas menjalani beberapa sesi rawatan, anda mungkin merasa sedikit letih terutamnya jika anda sudah lama tidak bersenam. Ini adalah kerana EECP juga merupakan sejenis senaman bagi badan kita dimana ianya bertindak sebagai 'passive exercise'. Keadaan ini adalah normal. Selepas beberapa sesi rawatan dan sistem badan telah berupaya untuk menyesuaikan diri dengan rawatan ini, anda akan merasa lebih bertenaga kerana darah dapat berjalan dengan baik dan arteri kolateral akan mula terbina secara perlahan-lahan.

Berapa lama yang diperlukan untuk menjalani rawatan EECP ini?

Pesakit perlu menjalani sebanyak 35 sesi rawatan, dimana setiap sesi memerlukan satu jam. Setiap hari, pesakit akan membuat satu sesi rawatan atau maksima 2 sesi rawatan. Rawatan akan dilakukan selama 5 hari sahaja dalam seminggu. Oleh itu, jumlah masa keseluruhannya adalah 7 minggu bagi yang menjalani satu sesi rawatan sehari dan 4 minggu bagi yang menjalani 2 sesi rawatan sehari.

Bila saya dapat merasai kesan dan manfaat rawatan ini?

Kesan secara fizikal sangat bergantung dan berbeza bagi setiap individu. Kebanyakan pesakit akan mula merasai manfaatnya pada pertengahan tempoh rawatan, iaitu sekitar sesi ke-15 dan ke atas. Antara kesan yang dirasai ialah stamina yang lebih baik, waktu tidur yang lebih tetap dan konsisten, kurang atau hilang rasa sakit dada, keupayaan untuk berjalan dengan lebih lama berbanding sebelum rawatan dan kebolehan menaiki tangga tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun, kesan ini semuanya bergantung pada individu masing-masing.

Bolehkah saya mendapatkan rawatan ini lebih daripada 35 sesi (1 pusingan rawatan)?

Ya. Anda boleh mengulangi semula rawatan ini sekiranya simptom-simptom sakit jantung berulang semula di masa hadapan. EECP ini bukanlah rawatan sekali seumur hidup. Masalah jantung merupakan masalah yang kronik, oleh itu kemungkinan untuk simptom yang sama berulang mungkin ada. Walaubagaimanapun , sekiranya ada keperluan untuk mengulangi rawatan EECP ini, anda masih tidak menghadapi sebarang risiko yang besar kerana rawatan ini adalah sangat selamat dijalankan. 

Berapa lama kesan rawatan EECP ini mampu bertahan?

The International EECP Patient Registry (IEPR) telah memperolehi data berkaitan dengan keselamatan, keberkesanan dan kebaikan jangka panjang rawata EECP ini. Kajian menunjukkan kesan rawatan EECP ini mampu bertahan selama 3 tahun, dan ada juga yang menjangkau sampai 5 tahun. Ianya tergantung kepada kondisi pesakit, gaya hidup yang dijalankan dan amalan pemakanan yang dilalui oleh pesakit. Kebaikan EECP seperti kurangnya rasa sakit dada (Angina), kurang penggunaan NitroGlycerine (GTN) dan corak aliran darah yang baik ke seluruh sistem vaskular (peredaran) darah dalam badan  mampu bertahan lama. 

Apa akan terjadi sekiranya saya terlepas untuk membuat rawatan EECP?

Sekiranya anda terlepas satu atau dua sesi rawatan kerana kekangan masa, ianya tidak menjadi masalah yang besar. Anda hanya perlu menggantikan sesi rawatan tersebut selepas itu. Kesan baik rawatan EECP akan menjadi lebih optimum apabila anda mampu membuatnya secara konsisten.

Apakah risiko berkaitan rawatan EECP?

Pesakit mungkin mengalami kerengsaan pada kulit (skin irritation) disebabkan pembalut tekanan (pressure cuffs) di bahagian betis dan peha. Ada pesakit yang berasa letih selepas membuat rawatan, tetapi ini hanya lah untuk beberapa sesi rawatan yang pertama sahaja. Selepas 4-5 sesi, pesakit akan berasa lebih bertenaga dan kuat apabila darah mula berjalan dengan lebih lancar. 

Adakah EECP ini mendapat kelulusan atau pengiktirafan dari mana-mana badan?

Ya, EECP mendapat kelulusan daripada US Food and Drug Administration (US FDA) pada tahun 1995 sebagai kaedah rawatan untuk penyakit Koronari Arteri (CAD), Angina dan Cardiogenic Shock. Pada tahun 2002 pula, EECP diiktiraf sebagai kaedah rawatan untuk masalah jantung kongestif. EECP telah melalui banyak kajian klinikal di universiti yang terkemuka dan menjadi lebih daripada 190 subjek kajian saintifik yang diterbitkan dalam majalah perubatan utama di seluruh dunia. 

Saya mempunyai masalah jantung kongestif. Adakah EECP mampu membantu saya?

Ya, malah pada tahun 2002, EECP telah dikenalpasti sebagai kaedah rawatan untuk masalah jantung kongestif. Selepas menjalani rawatan, pesakit akan mula merasai peningkatan  dengan pengurangan kadar kaki yang bengkak, penurunan kadar sesak nafas dan keletihan dan juga pengurangan pengambilan ubat-ubatan anti diuretik.   

  

Saya telah menjalani pembedahan pintasan jantung (by-pass) / Angioplasty (Stenting and balloon). Bolehkah saya menjalani rawatan EECP?
Ya, sudah pasti. Kebanyakan pesakit yang membuat rawatan EECP telah pun membuat kaedah rawatan secara invasif, yakni pembedahan pintasan jantung dan stenting. Malangnya, masalah jantung kembali lagi setelah beberapa tahun. Oleh itu, EECP akan membantu untuk menyelesaikan masalah jantung mereka. 

Adakah faktor umur menjadi halangan untuk membuat rawatan EECP?

Tidak. EECP tidak mempunyai sebarang halangan untuk membuat rawatan EECP. Kami telah berjaya merawat pesakit jantung seawal usia 30-an hingglah ke lebih dari 85 tahun. 

Adakah terdapat pesakit yang tidak dapat membuat rawatan EECP ini?

Ya, ada beberapa kategori pesakit yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan EECP iaitu mereka yang mengandung, pesakit yang mempunyai masalah injap aortic jantung yang kronik, pesakit yang mempunyai penyumbatan saluran darah di bahagian kaki yang serius (Deep Vein Thrombosis) dan juga pesakit strok yang pernah mengalami pendarahan dalaman (hemorrhage).   

Adakah EECP akan menyebabkan 'plak' yang tersumbat di dalam arteri darah pecah dan menyebakan strok atau serangan jantung?

Tidak. Sistem badan manusia mamatuhi hukum fizik dimana cecair yakni darah di dalam saluran darah akan melalui laluan yang mempunyai halangan yang paling kurang. Plak yang terdapat didalam saluran darah akan membina halangan bagi laluan darah di dalam saluran darah. Semasa membuat rawatan EECP, apabila darah balik ke jantung, ia akan secara semulajadi memintas laluan yang mempunyai halangan tersebut, dan melalui laluan yang baru terhasil daripada rawatan EECP, iaitu arteri yang baru. Walaupun laluan ini sedikit lebih panjang, tetapi ianya mudah untuk dilalui kerana tidak terdapat sebarang halangan atau plak. Lama kelamaan, laluan baru ini akan menjadi lebih kuat dan akhirnya menjadi laluan utama darah di dalam jantung pesakit. 

Saya mengalami masalah kadar denyutan jantung tidak sekata (irregular heart beat/ palpitation). Apakah saya masih boleh menjalani rawatan EECP?

Ya, masalah palpitation tidak akan mengganggu rawatan EECP selagi ianya dikawal dengan baik dan kadar denyutan jantung tidak melebihi 100 kali seminit. 

Saya mempunyai masalah 'peripheral vascular disease' (PVD), iaitu aliran darah yang lemah di bahagian kaki. Adakah saya perlu menjalani rawatan EECP?

Ya, anda perlu menjalaninya. EECP akan membantu memulihkan kadar aliran darah anda bukan sahaja di bahagian kaki malah seluruh sistem vascular (peredaran) darah anda. 

Selain jantung, apakah masalah kesihatan lain yang dapat dirawat dengan kaedah EECP?

Secara dasarnya, EECP membantu memulihkan kadar aliran darah di seluruh sistem vaskular badan dengan merangsang sistem badan untuk menghasilkan arteri koleteral yang baru (Angiogenesis). Oleh itu, sebenarnya,banyak masalah kesihatan lain selain jantung yang dapat dipulihkan atau diperbaiki ( improve)  sekiranya aliran darah dapat dibaiki dan dipertingkatkan, seperti:

a) Strok (tanpa pendarahan dalaman)

b) 'Peripheral vascular disease' (PVD)
c) Erectile Dysfunction
d) Retinopathy (penghilatan kabur bagi pesakit diabetik)
e) Neuropathy (masalah gangguan saraf pesakit diabetik)
f) Nefropathy (masalah buah pinggang- tergantung kepada kes secara spesifik)

dan lain-lain lagi.


Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan konsultansi dan satu sesi percubaan EECP anda sekarang secara PERCUMA

Kuala Lumpur

FARRALI WELLNESS
65G, Jalan Wangsa Delima 5
Wangsa Maju KLSC
53300, Kuala Lumpur
Tel: +603- 4148 1786
Faks: +603- 4144 4355



Health consultant: +6019-6681786 /
   +6012-2268786




Penang

FARRALI WELLNESS
2486, Jalan Sultan Azlan Shah
11700, Gelugor, Penang
Tel / Faks: +604- 656 4171


Health consultant: +6019-4490786/
     +6012-2268786






Monday, August 8, 2016

SENARIO JANTUNG 'BERCAKAP?"

DENGARLAH SUARA DAN RINTIHAN JANTUNG ANDA...

Mungkin anda terasa pelik dan hairan, apakah mungkin jantung anda bercakap? Sebenarnya, memang ya, jantung manusia boleh berkomunikasi, tetapi bukanlah dengan kata-kata seperti manusia bercakap. 

Jadi, bagaimanakah jantung menyuarakan atau memberi mesej kepada kita? Sudah tentulah melalui simptom-simptom yang diberikan kepada tubuh badan kita. Tinggal lagi sama ada manusia, selaku tuan empunya badan mahu memberikan respons atau pun hanya membiarkan sahaja mesej-mesej yang diberikan oleh jantung itu. 

Harus kita fahami bahawa jantung merupakan organ yang terpenting dan paling awal 'bekerja' untuk manusia. Ia mula bekerja seawal zuriat mula berkembang di dalam kandungan lagi, sehinggalah hari dimana ianya 'pencen' atau tidak bekerja lagi, yang secara langsung menyebabkan seluruh organ lain dan tubuh badan manusia juga tidak bekerja dan menyebabkan kematian. Begitulah pentingnya organ yang dinamakan jantung ini.

Sekiranya seluruh organ di dalam badan dianggap sebagai satu pasukan yang bekerja, dan tuan punya badan sebagai bos kepada semua 'kakitangan' yang bekerja itu. Maka, sebagai pekerja, ada masanya jantung mula menyuarakan rasa tidak puas hatinya, sakitnya, deritanya dalam ia menjalankan tugasannya itu. Malangnya, sekiranya suaranya itu tidak diendahkan oleh 'bos'nya, maka akan tiba suatu hari nanti jantung tidak mahu lagi bekerja dan seluruh organisasi akan terhenti.

Berikut adalah beberapa mesej-mesej yang dikirim oleh jantung untuk memberitahu bahawa ia sendiri perlukan rawatan, belaian dan perhatian daripada bosnya:



Pernahkan anda menerima mesej-mesej seperti ini? JANGAN ABAIKAN !!!!
Inilah suara-suara hati dan mesej-mesej daripada pekerja badan anda yang bernama JANTUNG.
Tatkala mesej-mesej ini diterima, JANTUNG anda sangat-sangat memerlukan perhatian, rawatan dan belaian agar ia dapat meneruskan fungsi dan tugasannya dengan lebih efisyen dan lama.

Antara kaedah yang mampu memberikan respons yang terbaik dan berkesan kepada mesej-mesej JANTUNG anda ini adalah dengan melalui sesi terapi EECP atau Enhanced External Counter Pulsation, dimana ianya merupakan rawatan tanpa surgeri (Non Invasive) kepada jantung anda. Ia meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke seluruh otot jantung anda dan seterusnya merawat masalah jantung tersebut dengan cekap. 

YA, EECP antara kaedah terbaik untuk anda, yang empunya badan untuk memberi respons dan 'melayan' kehendak JANTUNG anda itu.,

Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan sesi konsultansi dan satu sesi percubaan EECP secara PERCUMA. 

Di Kuala Lumpur

FARRALI WELLNESS
65-G, Jalan Wangsa Delima 5, 
Wangsa Maju KLSC, 
53300, Kuala Lumpur
Tel: +603- 4148 1786
Faks: +603- 4144 4355

atau hubungi Health Consultant kami di talian 
019-6681786



Di Penang

FARRALI WELLNESS
2486, Jalan Sultan Azlan Shah,
11700, Gelugor, Penang
Tel / Faks: +604- 656 4171

atau hubungi Health Consultant kami di talian 
019- 4490786