Monday, August 17, 2015

BAGAIMANA MENGETAHUI ANDA MEMPUNYAI MASALAH JANTUNG?

Masalah Jantung Koronari (Coronary Artery Disease, CAD) boleh dikesan melalui beberapa kaedah, iaitu proses diagnosis. Yang paling utama dan umum adalah melalui prosedur "Angiography" iaitu suatu teknik imej perubatan untuk melihat atau merakam keadaan di dalam lumen atau saluran darah seperti arteri dan vena. Prosedur ini mampu menunjukkan keadaan di dalam saluran darah manusia dan menilai dan mentafsir kadar penyumbatan (occlusion) yang telah berlaku di dalam saluran darah terutamanya di dalam Main Coronary Artery di bahagian jantung manusia. 
Kadar dan lokasi penyumbatan yang berlaku boleh dihitung melalui kaedah ini. 


Gambarajah Angiogram di atas menunjukkan bahagian Coronary Artery yang telah tersumbat. 

Selain daripada itu, ujian darah juga mampu memberitahu keadaan kesihatan jantung seseorang pesakit. Kebiasaanya ujian darah Troponin I / T akan dilakukan ke atas pesakit untuk memeriksa  (diagnose) keadaan serangan jantung pesakit dan simptom-simptom yang sama. Selain itu, Ujian darah Troponin juga dilakukan untuk menilai kadar kerosakan jantung yang telah berlaku yang disebabkan oleh faktor selain daripada serangan jantung. 

Troponin I atau Troponin T adalah sejenis protein yang terdapat di dalam otot jantung dan akan disalurkan masuk ke dalam darah manusia apabila terdapat kecederaan pada otot jantung. Ujian darag Troponin lebih sesuai digunakan untuk pesakit yang disyaki mengalami masalah serangan jantung kerana ianya lebih spesifik kepada keadaan kecederaan otot jantung sendiri berbanding dengan ujian yang lain (yang mungkin disebabkan kecederaan pada otot lain seperti otot skeletal) dan ianya akan kekal tinggi untuk jangkamasa yang agak lama. 

Sekiranya nilai Troponin meningkat naik, walaupun sedikit, itu sudah memadai untuk menunjukkan bahawa terdapatnya kerosakan pada otot jantung. Sekiranya keputusan ujian Troponin menunjukkan nilai menaik pada beberapa siri ujian darah yang dilakukan dalam masa beberapa jam, maka kemungkinan besar pesakit itu telah mengalamai serangan jantung atau apa-apa jenis kerosakan pada jantung. Nilai Troponin akan menaik selepas 3-4 jam berlakunya serangan jantung dan akan kekal tinggi dalam masa 10-14 hari. Bagi mereka yang selalu mengalami sakit dada (Angina), kenaikan nilai Tropinin menunjukkan keadaan jantungnya yang semakin parah dan kemungkinan serangan jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. 

Ujian Troponin tidak akan terkesan dengan suntikan ubat, kemalangan yang menyebabkan kerosakan pada otot skeletal ataupun pengambilan dadah sekalipun kerana ianya khusus dan spesifik untuk menilai kerosakan pada otot jantung itu sendiri. 

Walaubagaimanapun, ujian Troponin tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menentukan samada seseorang itu mempunyai masalah jantung atau tidak. Ianya hanya lah sebagai petunjuk awal mengenai keadaan jantung kerana jarang sekali nilai Troponin bagi pesakit jantung di dapati rendah dan normal. 

Jadi, mengapa anda perlu mengambil risiko??? Masalah jantung anda boleh dirawat dengan kaedah rawatan moden dan bebas surgeri yang dikenali sebagai Enhanced External Counter Pulsation (EECP). Ya, EECP mampu merawat masalah jantung koronari dengan meransang pembukaan saluran darah kolateral di sekitar otot jantung, malahan di seluruh sistem vaskular anda (sistem peredaran darah). Oleh itu, ianya umpama membuka jalan/lorong yang baru untuk mengelakkan jalan lama yang sedia ada yang tidak dapat dilalui lagi. 

Hubungi kami sekarang utk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai bagaimana EECP boleh menyelesaikan masalah jantung anda tanpa sebarang kesakitan, tanpa ubat-ubatan dan tanpa pembedahan.Dapatkan satu sesi percubaan EECP dan khidmat nasihat anda secara PERCUMA. 

Hubungi

En. Yazry Helmy Baba Ismail
019- 6681786 

Farrali Afiat
65, Jalan Wangsa Delima 5, 
Wangsa Maju KLSC,
53300, Kuala Lumpur

Tel: 03- 4148 1786
Fax: 03- 4144 4355

ataupun

En. Mohd Khairi Juhari

019-4490 786


Farrali Afiat
2486, 1st Floor
Jalan Sultan Azlan Shah, 
11700, Gelugor, Penang.
Tel/ Fax: 04- 656 4171





7 comments:

  1. Can EECP treat chronic heart patient with blockage of 100%?

    ReplyDelete
  2. Yes. Most of our patients are chronic heart patients having severe blockages throughout the arteries. EECP will open up new collateral arteries surrounding the heart muscle to create new pathway so that blood can flow to the entire heart muscle. Please call 019- 6681786 for more info. Tq

    ReplyDelete
  3. Salam Saudara Yazri

    Adakah rawatan ini sesuai untuk mereka yang telah berumur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam En Bae..Ya, ianya sesuai dan selamat untuk semua peringkat umur..bahkan ianya juga sesuai untuk mereka yang belum mempunyai apa-apa simptom atau tanda-tanda sakit jantung, dimana ia akan bertindak sebagai rawatan pencegahan (prevention)..tq

      Delete
  4. Salam, boleh berhubung dengan En. Yazry di 019- 6681786 untuk mengetahui pakej-pakej menarik yang ditawarkan. Untuk makluman, pakej raya kami yang berakhir pada 15 Ogos lalu telah dilanjutkan kepada 22 Ogos ini. Sila berhubung segera untuk mendapatkan promosi tersebut. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam, boleh berhubung dengan En. Yazry di 019- 6681786 untuk mengetahui pakej-pakej menarik yang ditawarkan. Untuk makluman, pakej raya kami yang berakhir pada 15 Ogos lalu telah dilanjutkan kepada 22 Ogos ini. Sila berhubung segera untuk mendapatkan promosi tersebut. Terima kasih

    ReplyDelete