Monday, August 17, 2015

BAGAIMANA MENGETAHUI ANDA MEMPUNYAI MASALAH JANTUNG?

Masalah Jantung Koronari (Coronary Artery Disease, CAD) boleh dikesan melalui beberapa kaedah, iaitu proses diagnosis. Yang paling utama dan umum adalah melalui prosedur "Angiography" iaitu suatu teknik imej perubatan untuk melihat atau merakam keadaan di dalam lumen atau saluran darah seperti arteri dan vena. Prosedur ini mampu menunjukkan keadaan di dalam saluran darah manusia dan menilai dan mentafsir kadar penyumbatan (occlusion) yang telah berlaku di dalam saluran darah terutamanya di dalam Main Coronary Artery di bahagian jantung manusia. 
Kadar dan lokasi penyumbatan yang berlaku boleh dihitung melalui kaedah ini. 


Gambarajah Angiogram di atas menunjukkan bahagian Coronary Artery yang telah tersumbat. 

Selain daripada itu, ujian darah juga mampu memberitahu keadaan kesihatan jantung seseorang pesakit. Kebiasaanya ujian darah Troponin I / T akan dilakukan ke atas pesakit untuk memeriksa  (diagnose) keadaan serangan jantung pesakit dan simptom-simptom yang sama. Selain itu, Ujian darah Troponin juga dilakukan untuk menilai kadar kerosakan jantung yang telah berlaku yang disebabkan oleh faktor selain daripada serangan jantung. 

Troponin I atau Troponin T adalah sejenis protein yang terdapat di dalam otot jantung dan akan disalurkan masuk ke dalam darah manusia apabila terdapat kecederaan pada otot jantung. Ujian darag Troponin lebih sesuai digunakan untuk pesakit yang disyaki mengalami masalah serangan jantung kerana ianya lebih spesifik kepada keadaan kecederaan otot jantung sendiri berbanding dengan ujian yang lain (yang mungkin disebabkan kecederaan pada otot lain seperti otot skeletal) dan ianya akan kekal tinggi untuk jangkamasa yang agak lama. 

Sekiranya nilai Troponin meningkat naik, walaupun sedikit, itu sudah memadai untuk menunjukkan bahawa terdapatnya kerosakan pada otot jantung. Sekiranya keputusan ujian Troponin menunjukkan nilai menaik pada beberapa siri ujian darah yang dilakukan dalam masa beberapa jam, maka kemungkinan besar pesakit itu telah mengalamai serangan jantung atau apa-apa jenis kerosakan pada jantung. Nilai Troponin akan menaik selepas 3-4 jam berlakunya serangan jantung dan akan kekal tinggi dalam masa 10-14 hari. Bagi mereka yang selalu mengalami sakit dada (Angina), kenaikan nilai Tropinin menunjukkan keadaan jantungnya yang semakin parah dan kemungkinan serangan jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. 

Ujian Troponin tidak akan terkesan dengan suntikan ubat, kemalangan yang menyebabkan kerosakan pada otot skeletal ataupun pengambilan dadah sekalipun kerana ianya khusus dan spesifik untuk menilai kerosakan pada otot jantung itu sendiri. 

Walaubagaimanapun, ujian Troponin tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menentukan samada seseorang itu mempunyai masalah jantung atau tidak. Ianya hanya lah sebagai petunjuk awal mengenai keadaan jantung kerana jarang sekali nilai Troponin bagi pesakit jantung di dapati rendah dan normal. 

Jadi, mengapa anda perlu mengambil risiko??? Masalah jantung anda boleh dirawat dengan kaedah rawatan moden dan bebas surgeri yang dikenali sebagai Enhanced External Counter Pulsation (EECP). Ya, EECP mampu merawat masalah jantung koronari dengan meransang pembukaan saluran darah kolateral di sekitar otot jantung, malahan di seluruh sistem vaskular anda (sistem peredaran darah). Oleh itu, ianya umpama membuka jalan/lorong yang baru untuk mengelakkan jalan lama yang sedia ada yang tidak dapat dilalui lagi. 

Hubungi kami sekarang utk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai bagaimana EECP boleh menyelesaikan masalah jantung anda tanpa sebarang kesakitan, tanpa ubat-ubatan dan tanpa pembedahan.Dapatkan satu sesi percubaan EECP dan khidmat nasihat anda secara PERCUMA. 

Hubungi

En. Yazry Helmy Baba Ismail
019- 6681786 

Farrali Afiat
65, Jalan Wangsa Delima 5, 
Wangsa Maju KLSC,
53300, Kuala Lumpur

Tel: 03- 4148 1786
Fax: 03- 4144 4355

ataupun

En. Mohd Khairi Juhari

019-4490 786


Farrali Afiat
2486, 1st Floor
Jalan Sultan Azlan Shah, 
11700, Gelugor, Penang.
Tel/ Fax: 04- 656 4171





Tuesday, August 11, 2015

KENAPA PERLU MENJALANI RAWATAN EECP?


PERNAHKAH ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA ATAU SIMPTOM-SIMPTOM DI ATAS?

Jika Ya, maka anda mungkin mengalami salah satu tanda atau simptom masalah sakit jantung (Coronary Artery Disease, CAD)

1- Chest Pain (Sakit Dada)
Selalunya berlaku selepas melakukan aktiviti yang agak aggresif seperti bersenam, naik tangga, stress kerja dan sebagainya. Rasa mencengkam di dada seolah-olah rasa dada 'diperah' atau dihimpit kuat. Ada juga yang mengalami rasa pedih di dada yang agak ringan.

2- Shortness of Breath 
Rasa susah untuk bernafas. Kadangkala berlaku ketika sedang tidur sehingga menyebabkan anda terjada dari tidur. Rasa tercungap-cungap untuk mendapatkan udara.

3- Pain in the Jaw, Shoulder, Arm, Back and above stomach
Rasa pedih dan lenguh di bahagian rahang, bahu dan lengan terutamanya sebelah kiri, belakang badan dan kawasan di atas perut. Rasa sakit ini mungkin berterusan atau 'on- and -off'.

4- Nausea or Indigestion
Rasa loya dan ingin muntah dan tidak selesa di bahagian perut atau senak.  

5- Heavy Sweating
Berpeluh tanpa henti. Ia boleh berlaku walaupun pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, malah di dalam bilik berhawa dingin. Ini adalah simptom yang agak jelas yang menunjukkan pesakit sedang mengalami masalah jantung yang serius dan mungkin diikuti dengan serangan jantung (heart attack)

6- Fainting Spells
Rasa pitam dan pengsan- mungkin berlaku pada pesakit yang mengalami masalah jantung di peringkat yang lebih serius. Simptom ini mungkin berlaku setelah simptom-simptom yang lain telah berlaku. 

Jadi, mengapa perlu mengambil risiko untuk jantung anda?

Segeralah menjalani rawatan EECP untuk merawat dan memelihara keadaan jantung anda agar ia sentiasa dalam keadaan yang sihat dan berdenyut dengan sempurna. 

Ianya sangat mudah untuk dilakukan kerana:

1- Non Invasive- makna nya tanpa sebarang pembedahan / surgeri, dan 'injection'.

2- Terbukti secara klinikal- Diluluskan dan diiktiraf oleh US FDA sebagai kaedah rawatan untuk masalah jantung koronari (Coronary Artery Disease, CAD)

3- Tidak memerlukan tempoh penyembuhan yang lama.

4- Tidak memerlukan 'ward stay'..Oleh itu, anda masih boleh meneruskan rutin harian anda seperti bekerja atau berniaga semasa menjalani rawatan ini.

5- Tidak memerlukan sebarang ubat-ubatan- mengurangkan kesan pengambilan ubatan dan bahan kimia dalam badan.

6- Penyembuhan secara semulajadi- dengan pembentukan saluran darah kolateral yang baru melalui proses Angiogenesis. Oleh itu, tidak ada kesan kimia di dalam badan.

7- Kos rawatan yang sangat rendah dan berpatutan. Penjimatan yang amat ketara dalam perbelanjaan perubatan anda. 

Mahu info yang lebih lanjut?

Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga satu sesi percubaan EECP secara PERCUMA.

Hubungi 

En. Yazry Helmy Baba Ismail
019-6681 786

Farrali Health Naturale
65, Jalan Wangsa Delima 5, 
Wangsa Maju KLSC, 
53300, Kuala Lumpur

Tel: 03- 4148 1786
Fax: 03- 4144 4355


En. Mohd Khairi Juhari
019- 4490 786


Farrali Health Naturale
2486, Jalan Sultan Azlan Shah, 
11700, Gelugor, Penang
Tel / Fax: 04- 656 4171