Thursday, September 10, 2015

NON-INVASIVE HEART TREATMENT IN MALAYSIA

EECP is the modern non-invasive heart treatment or therapy, used to treat Coronary Artery Diseases (CAD). It is a totally non invasive procedure, painless, very safe and effective in treating the heart problem. Please click on the link below for more information about EECP

http://cardiocare-eecp.blogspot.my/2014/05/faq-eecp.html?view=magazine

In Malaysia, we provide the EECP treatment at our centre in Kuala Lumpur and Penang

Kuala Lumpur: 
65, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju KLSC
53300, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03- 4148 1786 / 019-6681786



Penang: 2486, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700, Gelugor, Penang, Malaysia
Tel: 04- 656 4171 / 019- 4490786


Monday, September 7, 2015

TANDA-TANDA AWAL SEBELUM BERLAKUNYA SERANGAN JANTUNG..KETAHUINYA

Serangan jantung merupakan antara penyebab utama berlakunya kematian di kebanyakan negara, samada negara maju mahupun yang sedang membangun.

Antara faktor utama yang menyebabkan ianya berlaku adalah kegagalan untuk mengenalpasti tanda-tanda awal masalah jantung dan seterusnya merawatnya, sebaliknya sikap tidak ambil peduli atau alpa ini mungkin akan berakhir dengan kematian akibat daripada serangan jantung (heart attack).

Oleh itu, mari kita kenalpasti dan ambil tahu akan tanda-tanda awal (simptom) untuk berlakunya masalah serangan jantung.




1- Berpeluh dan pening
Badan berpeluh-peluh tanpa anda melakukan sebarang aktiviti lasak atau aggresif, malah ketika berada di dalam bilik yang sejuk dan berhawa dingin. Ini berlaku apabila aliran darah ke minda menjadi kurang, yang menyebabkan fungsinya terganggu. Simptom ini menandakan pesakit mengalami masalah jantung yang serius dan perlu dirawat dengan segera.

2- Tekanan di dada
Merasa bebaban dan tekanan di bahagian dada. Ini adalah simptom yang paling jelas yang menandakan masalah jantung yang paling serius. Malangnya, kebanyakan orang tidak mempedulikannya dengan beranggapan bahawa ianya sesuatu yang biasa berlaku dan tidak menjurus ke arah masalah jantung yang serius. 

3. Keletihan
Badan akan cepat merasa letih walaupun tanpa melakukan kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal yang banyak. Ini adalah disebabkan oleh kerana peredaran darah dan bekalan oksigen yang semakin berkurangan ke seluruh tisu-tisu badan, disebabkan masalah jantung.

4. Kesejukan dan selsema
Ada juga individe yang mengalami masalah kesejukan dan selsema sebelum mendapat serangan jantung. 

5. Kelesuan (Fatigue)
 Kelesuan berlaku adalah hasil daripada kurangnya aliran darah yang dibekalkan kepada otot jantung. Ini disebabkan oleh kerana pembentukan plak (plaque) di dalam saluran darah yang membekalkan darah masuk dan keluar jantung.

6. Sesak nafas
Disebabkan oleh kerana kurang nya aliran darah, fungsi peparu juga akan terjejas. Ketika mana bekalan darah ke peparu berkurangan, pesakit tidak akan mempunyai kapasiti untuk menyedut masuk udara (oksigen) dengan mencukupi, lalu berlakulah insiden sesak nafas. 

Sekiranya anda mengalami mana-mana simptom di atas ini, jangan lagi berlengah untuk mendapatkan rawatan jantung dengan segera. Jangan leka atau bertangguh kerana ianya mungkin menjadi soal antara Hidup dan Mati seseorang. Kaedah yang paling ideal atau berkesan untuk menangani masalah serangan jantung adalah dengan mengenaplasti tanda-tanda nya (simptom) dan merawatnya dengan segera. 

* Dipetik daripada www.fhfn.org 

Antara kaedah rawatan yang berkesan dan termudah adalah dengan Enhanced External Counter Pulsation (EECP). EECP adalah kaedah rawatan moden secara 'Non Invasive' atau tanpa pembedahan untuk merawat masalah Jantung Koronari (Coronary Artery Diseases) yang menyebabkan berlakunya serangan jantung. Ianya terbukti secara klinikal dan mampu menyelesaikan masalah jantung anda dengan berkesan, tanpa sebarang kesakitan. Ianya diiktiraf oleh US FDA sebagai kaedah untuk merawat masalah jantung Koronari. 

Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat dan satu sesi percubaan EECP secara Percuma. Hubungi kami di 

Yazry Helmy B Baba Ismail
019- 6681786
65, Jalan Wangsa Delima 5
Wanga Maju KLSC
53300, Kuala Lumpur
Tel: 03- 4148 1786
www.farrali.com.my/eecp 




Mohamad Khairi B Juhari
019- 4490786
2486, Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor, Penang
Tel: 04- 656 4171
www.farrali.com.my/eecp 







Monday, August 17, 2015

BAGAIMANA MENGETAHUI ANDA MEMPUNYAI MASALAH JANTUNG?

Masalah Jantung Koronari (Coronary Artery Disease, CAD) boleh dikesan melalui beberapa kaedah, iaitu proses diagnosis. Yang paling utama dan umum adalah melalui prosedur "Angiography" iaitu suatu teknik imej perubatan untuk melihat atau merakam keadaan di dalam lumen atau saluran darah seperti arteri dan vena. Prosedur ini mampu menunjukkan keadaan di dalam saluran darah manusia dan menilai dan mentafsir kadar penyumbatan (occlusion) yang telah berlaku di dalam saluran darah terutamanya di dalam Main Coronary Artery di bahagian jantung manusia. 
Kadar dan lokasi penyumbatan yang berlaku boleh dihitung melalui kaedah ini. 


Gambarajah Angiogram di atas menunjukkan bahagian Coronary Artery yang telah tersumbat. 

Selain daripada itu, ujian darah juga mampu memberitahu keadaan kesihatan jantung seseorang pesakit. Kebiasaanya ujian darah Troponin I / T akan dilakukan ke atas pesakit untuk memeriksa  (diagnose) keadaan serangan jantung pesakit dan simptom-simptom yang sama. Selain itu, Ujian darah Troponin juga dilakukan untuk menilai kadar kerosakan jantung yang telah berlaku yang disebabkan oleh faktor selain daripada serangan jantung. 

Troponin I atau Troponin T adalah sejenis protein yang terdapat di dalam otot jantung dan akan disalurkan masuk ke dalam darah manusia apabila terdapat kecederaan pada otot jantung. Ujian darag Troponin lebih sesuai digunakan untuk pesakit yang disyaki mengalami masalah serangan jantung kerana ianya lebih spesifik kepada keadaan kecederaan otot jantung sendiri berbanding dengan ujian yang lain (yang mungkin disebabkan kecederaan pada otot lain seperti otot skeletal) dan ianya akan kekal tinggi untuk jangkamasa yang agak lama. 

Sekiranya nilai Troponin meningkat naik, walaupun sedikit, itu sudah memadai untuk menunjukkan bahawa terdapatnya kerosakan pada otot jantung. Sekiranya keputusan ujian Troponin menunjukkan nilai menaik pada beberapa siri ujian darah yang dilakukan dalam masa beberapa jam, maka kemungkinan besar pesakit itu telah mengalamai serangan jantung atau apa-apa jenis kerosakan pada jantung. Nilai Troponin akan menaik selepas 3-4 jam berlakunya serangan jantung dan akan kekal tinggi dalam masa 10-14 hari. Bagi mereka yang selalu mengalami sakit dada (Angina), kenaikan nilai Tropinin menunjukkan keadaan jantungnya yang semakin parah dan kemungkinan serangan jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. 

Ujian Troponin tidak akan terkesan dengan suntikan ubat, kemalangan yang menyebabkan kerosakan pada otot skeletal ataupun pengambilan dadah sekalipun kerana ianya khusus dan spesifik untuk menilai kerosakan pada otot jantung itu sendiri. 

Walaubagaimanapun, ujian Troponin tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menentukan samada seseorang itu mempunyai masalah jantung atau tidak. Ianya hanya lah sebagai petunjuk awal mengenai keadaan jantung kerana jarang sekali nilai Troponin bagi pesakit jantung di dapati rendah dan normal. 

Jadi, mengapa anda perlu mengambil risiko??? Masalah jantung anda boleh dirawat dengan kaedah rawatan moden dan bebas surgeri yang dikenali sebagai Enhanced External Counter Pulsation (EECP). Ya, EECP mampu merawat masalah jantung koronari dengan meransang pembukaan saluran darah kolateral di sekitar otot jantung, malahan di seluruh sistem vaskular anda (sistem peredaran darah). Oleh itu, ianya umpama membuka jalan/lorong yang baru untuk mengelakkan jalan lama yang sedia ada yang tidak dapat dilalui lagi. 

Hubungi kami sekarang utk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai bagaimana EECP boleh menyelesaikan masalah jantung anda tanpa sebarang kesakitan, tanpa ubat-ubatan dan tanpa pembedahan.Dapatkan satu sesi percubaan EECP dan khidmat nasihat anda secara PERCUMA. 

Hubungi

En. Yazry Helmy Baba Ismail
019- 6681786 

Farrali Afiat
65, Jalan Wangsa Delima 5, 
Wangsa Maju KLSC,
53300, Kuala Lumpur

Tel: 03- 4148 1786
Fax: 03- 4144 4355

ataupun

En. Mohd Khairi Juhari

019-4490 786


Farrali Afiat
2486, 1st Floor
Jalan Sultan Azlan Shah, 
11700, Gelugor, Penang.
Tel/ Fax: 04- 656 4171





Tuesday, August 11, 2015

KENAPA PERLU MENJALANI RAWATAN EECP?


PERNAHKAH ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA ATAU SIMPTOM-SIMPTOM DI ATAS?

Jika Ya, maka anda mungkin mengalami salah satu tanda atau simptom masalah sakit jantung (Coronary Artery Disease, CAD)

1- Chest Pain (Sakit Dada)
Selalunya berlaku selepas melakukan aktiviti yang agak aggresif seperti bersenam, naik tangga, stress kerja dan sebagainya. Rasa mencengkam di dada seolah-olah rasa dada 'diperah' atau dihimpit kuat. Ada juga yang mengalami rasa pedih di dada yang agak ringan.

2- Shortness of Breath 
Rasa susah untuk bernafas. Kadangkala berlaku ketika sedang tidur sehingga menyebabkan anda terjada dari tidur. Rasa tercungap-cungap untuk mendapatkan udara.

3- Pain in the Jaw, Shoulder, Arm, Back and above stomach
Rasa pedih dan lenguh di bahagian rahang, bahu dan lengan terutamanya sebelah kiri, belakang badan dan kawasan di atas perut. Rasa sakit ini mungkin berterusan atau 'on- and -off'.

4- Nausea or Indigestion
Rasa loya dan ingin muntah dan tidak selesa di bahagian perut atau senak.  

5- Heavy Sweating
Berpeluh tanpa henti. Ia boleh berlaku walaupun pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, malah di dalam bilik berhawa dingin. Ini adalah simptom yang agak jelas yang menunjukkan pesakit sedang mengalami masalah jantung yang serius dan mungkin diikuti dengan serangan jantung (heart attack)

6- Fainting Spells
Rasa pitam dan pengsan- mungkin berlaku pada pesakit yang mengalami masalah jantung di peringkat yang lebih serius. Simptom ini mungkin berlaku setelah simptom-simptom yang lain telah berlaku. 

Jadi, mengapa perlu mengambil risiko untuk jantung anda?

Segeralah menjalani rawatan EECP untuk merawat dan memelihara keadaan jantung anda agar ia sentiasa dalam keadaan yang sihat dan berdenyut dengan sempurna. 

Ianya sangat mudah untuk dilakukan kerana:

1- Non Invasive- makna nya tanpa sebarang pembedahan / surgeri, dan 'injection'.

2- Terbukti secara klinikal- Diluluskan dan diiktiraf oleh US FDA sebagai kaedah rawatan untuk masalah jantung koronari (Coronary Artery Disease, CAD)

3- Tidak memerlukan tempoh penyembuhan yang lama.

4- Tidak memerlukan 'ward stay'..Oleh itu, anda masih boleh meneruskan rutin harian anda seperti bekerja atau berniaga semasa menjalani rawatan ini.

5- Tidak memerlukan sebarang ubat-ubatan- mengurangkan kesan pengambilan ubatan dan bahan kimia dalam badan.

6- Penyembuhan secara semulajadi- dengan pembentukan saluran darah kolateral yang baru melalui proses Angiogenesis. Oleh itu, tidak ada kesan kimia di dalam badan.

7- Kos rawatan yang sangat rendah dan berpatutan. Penjimatan yang amat ketara dalam perbelanjaan perubatan anda. 

Mahu info yang lebih lanjut?

Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga satu sesi percubaan EECP secara PERCUMA.

Hubungi 

En. Yazry Helmy Baba Ismail
019-6681 786

Farrali Health Naturale
65, Jalan Wangsa Delima 5, 
Wangsa Maju KLSC, 
53300, Kuala Lumpur

Tel: 03- 4148 1786
Fax: 03- 4144 4355


En. Mohd Khairi Juhari
019- 4490 786


Farrali Health Naturale
2486, Jalan Sultan Azlan Shah, 
11700, Gelugor, Penang
Tel / Fax: 04- 656 4171

Wednesday, March 18, 2015

TANDA-TANDA MASALAH JANTUNG

KENALI TANDA-TANDA MASALAH JANTUNG ANDA

Melalui siri temubual yang kami jalankan dengan pesakit-pesakit yang mengalami masalah jantung, kebanyakan daripada mereka tidak menyedari yang mereka sebenarnya mempunyai masalah jantung, sehinggalah mereka mengalami serangan jantung (heart attack). Senario ini adalah amat merbahaya kerana sekiranya masalah jantung tidak dikenalpasti di peringkat awal, ianya boleh membawa kepada MAUT apabila berlakunya serangan jantung. 

Sebenarnya, sistem badan manusia akan memberi beberapa tanda-tanda atau simptom-simptom masalah jantung apabila ianya mula berlaku. Malangnya, kebanyakan daripada kita mengambil sikap mudah atau tidak endah kepada simptom tersebut dengan membuat andaian yang ianya hanyalah masalah kecil yang biasa ataupun terkeliru dengan simptom penyakit lain. Yang paling ketara sekali ialah pesakit selalu tersalah anggap yang simptom masalah jantung itu adalah masalah penyakit gastrik, iaitu rasa pedih dan menyucuk di ulu hati. Melalui temubual tersebut, kami juga mendapati yang setelah mengetahui simptom tersebut, barulah mereka sedar bahawa sememangnya mereka pernah mengalaminya sebelum terkena serangan jantung, tetapi mengabaikannya atau tidak menghiraukannya. 

Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk kita mengetahui apakah simptom-simptom yang akan dialami sekiranya seseorang itu mengalami masalah jantung seperti yang dipaparkan di bawah:





Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA mengenai kaedah rawatan jantung secara NON-INVASIVE (tanpa pembedahan) EECP dan juga satu sesi rawatan EECP percubaan. Hubungi sekarang

En Yazry Helmy Baba Ismail 019- 6681786

65-G, Jalan Wangsa Delima 5,
Wangsa Maju KLSC,
53300, Kuala Lumpur
Tel: +603- 4148 1786
Faks: +603- 4144 4355


atau

En. Muhammad Khairi - 019- 4490786

2486, Jalan Sultan Azlan Shah,
11700, Gelugor, Penang
Tel / Faks: +604- 656 4171



ALAMAT BARU

Pelanggan yang kami hargai,

Farrali Health Naturale di Kuala Lumpur telah berpindah ke alamat yang baru seperti berikut

65-G, Jalan Wangsa Delima 5,
Wangsa Maju KLSC,
53300, Kuala Lumpur

Tel  : +603- 4148 1786
Faks: +603- 4144 4355

Hubungi En. Yazry Helmy Baba Ismail
019-6681786


Cawangan kami di Pulau Pinang masih kekal seperti sedia ada

2486, Jalan Azlan Shah,
11700, Gelugor, Penang
Tel / Faks : +604- 656 4171