Thursday, November 6, 2014

EECP MERAWAT PESAKIT STROK

Pesakit di bawah ini mengalami masalah strok dan juga saluran jantung tersumbat (Coronary Artery Disease).

NAME/NAMA:  Abdul Manap Kambai
AGE/UMUR :  54 tahun
RESIDENCY/TEMPAT TINGGAL :  Sabah
PHONE/NO. TELEFON :  -
DISEASES/PENYAKIT : Mild Stroke and Coronary Artery Disease




Health records before treatment / Rekod Kesihatan Sebelum Rawatan

I was admitted to Sabah Heart Centre in August 2014 and was diagnosed with Coronary Artery Disease and recurrent stroke. I had suffered from Hypertension for the past 9 years and was attacked with stroke in year 2011. In August 2014, I had done my Angiogram and found out that my Coronary Arteries have been severely blocked. Besides that, my speech is also worsening where I hardly can speak out properly and response to questions as normal people is able to do. People just could not understand what I am trying to say. My left side of face is also found asymmetry.  It is very risky for me to go through By-Pass Surgery with my current conditions. 

After that, my sister and my children searched out for other means of treatment and they found out that EECP will be able to treat both my heart and stroke problems. I was so happy and wanted to start the EECP treatment as soon as possible, although it is far away from my place, which is in Kuala Lumpur. 


Saya dimasukkan ke Pusat Jantung Sabah pada bulan Ogos 2014 dan disahkan mengalami masalah Koronari Arteri (saluran jantung tersumbat) dan juga strok yang berulang. Saya telah mengalami masalah Hipertensi (Darah tinggi) sejak 9 tahun yang lalu dan diserang penyakit strok pada tahun 2011. Pada Ogos 2014, saya telah membuat prosedur Angiogram dan mendapati saluran Koronari Arteri saya telah tersumbat teruk. Selain itu, saya mengalami masalah pertuturan di mana saya tidak dapat bertutur dengan baik dan lancar serta memberi respons dengan cepat apabila ditanya. Orang lain mula tidak faham dengan apa yang saya cuba tuturkan kerana tidak jelas dan lancar. Bahagian kiri muka saya juga telah sedikit herot dan saya juga menanggung risiko yang amat tinggi untuk menjalani pembedahan pintasan jantung bagi merawat masalah jantung saya. 

Setelah itu, adik dan anak-anak saya mula mencari rawatan lain yang mampu merawat masalah kesihatan saya dan akhirnya bertemu dengan kaedah rawatan EECP, dimana ianya bukan saja dapat merawat masalah jantung saya malah masalah strok saya juga akan pulih. Saya berasa amat gembira dengan berita ini dan mahu memulakan rawatan EECP ini secepat yang mungkin, walaupun ianya berada jauh dari rumah saya iaitu di Kuala Lumpur. 

After treatment/Selepas Rawatan

After completing the 35 sessions of EECP at 45 minutes per session in October 2014, my condition has been improved very much. My speech improvised where now at least people can start to understand what I am saying although it is not very fluent as before. I believe that my speech will be much better soon. My physical strength also improved where I can walk out for quite a distance without feeling tired as before. Now I can sleep very well and there is no more chest discomfort or chest pain that I ever experience again. I am so happy and relief that my condition is far better without the need of going through any surgery procedures. Thanks to staff of Klinik Farrali Medicare for rendering and providing such a good service to me.  

Setelah selesai menjalani rawatan EECP sebanyak 35 sesi, 45 minit setiap sesi pada bulan Oktober 2014, keadaan saya telah beransur pulih dengan baik sekali. Pertuturan saya semakin baik dimana orang lain telah mula memahami apa yang saya tuturkan walaupun tidak selancar seperti sebelum saya sakit. Saya yakin yang masalah pertuturan saya ini akan semakin pulih dalam sedikit masa lagi. Keadaan fizikal saya juga bertambah baik dimana saya mampu berjalan untuk suatu jarak tertentu tanpa merasa letih seperti dahulu. Sekarang, saya sudah boleh tidur dengan nyenyak dan sudah tidak ada lagi rasa ketidakselesaan dan sakit dada yang saya alami seperti dahulu. Saya amat gembira dan syukur kerana tidak perlu menjalani apa-apa pembedahan untuk merawat masalah saya. Terima kasih kepada kakitangan Klinik Farrali Medicare atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan kepada saya.  

Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan mendapatkan satu sesi percubaan EECP secara PERCUMA, sila hubungi

En. Yazry Helmy Baba Ismail (Kuala Lumpur) di 019-6681786 /
03- 41481786



En. Mohamad Khairi Juhari (Penang)
019- 4490786 / 04- 656 4171




Wednesday, November 5, 2014

FAQ EECP in Bahasa Malaysia

Frequently Asked Questions About EECP (Bahasa Malaysia)

1. Apa maksud EECP?

Ia adalah singkatan kepada Enhanced External Counter Pulsation

2. Bagaimanakah rawatan EECP itu?

EECP adalah rawatan jantung tanpa pembedahan dan dirawat sebagai rawatan pesakit luar. Ia mampu menyelesaikan masalah sakit jantung dengan melegakan atau menghilangkan rasa sakit dada (Angina). Semasa rawatan, 'pembalut tekanan' (pressure cuff) akan dibalut disekeliling betis, peha dan pinggul dan tekanan pam akan dikenakan secara berirama mengikut kadar rentak jantung. Ini akan menggalakkan pengaliran darah yang baik ke sekeliling badan terutamanya di jantung itu sendiri. Dalam proses ini, rawatan EECP akan menyebabkan sistem badan membina jaringan saluran darah baru yang banyak dan luas (collateral arteries) yang akan membantu mengalirkan darah ke seluruh bahagian otot jantung. Oleh itu, ia dapat memastikan yang seluruh bahagian otot jantung akan mendapat bekalan darah dan Oksigen yang mencukupi. Oleh kerana ini, EECP juga dikenali sebagai "Natural By-Pass".

 3. Apa itu Angina?

Angina sebenarnya adalah cara bagaimana sistem badan memberitahu kita yang otot-otot di jantung sedang mengalami kekurangan darah yang beroksigen. Otot jantung sangat memerlukan darah yang beroksigen yang disalurkan melalui Arteri Koronari. Apabila terdapat penyempitan atau halangan (calcified and blockages) di dalam saluran darah Arteri Koroneri, bahagian jantung yang mendapat kurang bekalan darah beroksigen akan memberi isyarat yang menyebabkan rasa pedih dan sakit di bahagian dada yang dikenali sebagai Angina Pectoris. Angina menyebabkan rasa pedih atau menekan di bahagian dada, sakit di rahang, leher, lengan, bahagian belakang badan, rasa loya, ataupun rasa letih dan lesu secara amnya. Keadaan Angina berbeza bagi setiap individu.

4. Apa kelebihan EECP berbanding kaedah rawatan jatung yang lain?

a) Ianya dilakukan secara tanpa pembedahan, maka risikonya adalah sangat rendah
b) Ia merupakan rawatan pesakit luar, jadi tidak memerlukan 'ward stay', lalu menjimatkan masa dan kos dan tidak mengganggu rutin harian seperti bekerja dan sebagainya.
c) Tidak memerlukan tempoh pemulihan yang lama
d) Kos rawatan yang sangat rendah
e) Ia merawat masalah lain yang berkaitan dengan aliran darah selain sakitr jantung seperti strok.

5. Apakah manfaat rawatan EECP?

a) Rasa Angina akan berkurangan atau hilang selepas rawatan
b) Menghapuskan keperluan penggunaan ubatan Glyceryl Trinitrate (GTN)
c) Dapat kembali melakukan aktiviti-aktiviti normal selepas selesai dan pulih dari rawatan
d) Dapat menikmati semula kualiti hidup tanpa kesakitan
e) Memperoleh tenaga dalaman seperti normal
f) Tidak perlu mengambil ubatan lain selepas rawatan selesai.

6. Bagaimana rasanya ketika dan selepas menjalani rawatan EECP?

Selepas menjalani beberapa sesi rawatan, anda mungkin merasa sedikit letih terutamnya jika anda sudah lama tidak bersenam. Ini adalah kerana EECP juga merupakan sejenis senaman bagi badan kita dimana ianya bertindak sebagai 'passive exercise'. Keadaan ini adalah normal. Selepas beberapa sesi rawatan dan sistem badan telah berupaya untuk menyesuaikan diri dengan rawatan ini, anda akan merasa lebih bertenaga kerana darah dapat berjalan dengan baik dan arteri kolateral akan mula terbina secara perlahan-lahan.

7. Berapa lama yang diperlukan untuk menjalani rawatan EECP ini?

Pesakit perlu menjalani sebanyak 35 sesi rawatan, dimana setiap sesi memerlukan satu jam. Setiap hari, pesakit akan membuat satu sesi rawatan atau maksima 2 sesi rawatan. Rawatan akan dilakukan selama 5 hari sahaja dalam seminggu. Oleh itu, jumlah masa keseluruhannya adalah 7 minggu bagi yang menjalani satu sesi rawatan sehari dan 4 minggu bagi yang menjalani 2 sesi rawatan sehari.

8. Bila saya dapat merasai kesan dan manfaat rawatan ini?

Kesan secara fizikal sangat bergantung dan berbeza bagi setiap individu. Kebanyakan pesakit akan mula merasai manfaatnya pada pertengahan tempoh rawatan, iaitu sekitar sesi ke-15 dan ke atas. Antara kesan yang dirasai ialah stamina yang lebih baik, waktu tidur yang lebih tetap dan konsisten, kurang atau hilang rasa sakit dada, keupayaan untuk berjalan dengan lebih lama berbanding sebelum rawatan dan kebolehan menaiki tangga tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun, kesan ini semuanya bergantung pada individu masing-masing.

9. Bolehkah saya mendapatkan rawatan ini lebih daripada 35 sesi (1 pusingan rawatan)?

Ya. Anda boleh mengulangi semula rawatan ini sekiranya simptom-simptom sakit jantung berulang semula di masa hadapan. EECP ini bukanlah rawatan sekali seumur hidup. Masalah jantung merupakan masalah yang kronik, oleh itu kemungkinan untuk simptom yang sama berulang mungkin ada. Walaubagaimanapun , sekiranya ada keperluan untuk mengulangi rawatan EECP ini, anda masih tidak menghadapi sebarang risiko yang besar kerana rawatan ini adalah sangat selamat dijalankan. 

10. Berapa lama kesan rawatan EECP ini mampu bertahan?

The International EECP Patient Registry (IEPR) telah memperolehi data berkaitan dengan keselamatan, keberkesanan dan kebaikan jangka panjang rawata EECP ini. Kajian menunjukkan kesan rawatan EECP ini mampu bertahan selama 3 tahun, dan ada juga yang menjangkau sampai 5 tahun. Ianya tergantung kepada kondisi pesakit, gaya hidup yang dijalankan dan amalan pemakanan yang dilalui oleh pesakit. Kebaikan EECP seperti kurangnya rasa sakit dada (Angina), kurang penggunaan NitroGlycerine (GTN) dan corak aliran darah yang baik ke seluruh sistem vaskular (peredaran) darah dalam badan  mampu bertahan lama. 

11. Apa akan terjadi sekiranya saya terlepas untuk membuat rawatan EECP?

Sekiranya anda terlepas satu atau dua sesi rawatan kerana kekangan masa, ianya tidak menjadi masalah yang besar. Anda hanya perlu menggantikan sesi rawatan tersebut selepas itu. Kesan baik rawatan EECP akan menjadi lebih optimum apabila anda mampu membuatnya secara konsisten.

12. Apakah risiko berkaitan rawatan EECP?

Pesakit mungkin mengalami kerengsaan pada kulit (skin irritation) disebabkan pembalut tekanan (pressure cuffs) di bahagian betis dan peha. Ada pesakit yang berasa letih selepas membuat rawatan, tetapi ini hanya lah untuk beberapa sesi rawatan yang pertama sahaja. Selepas 4-5 sesi, pesakit akan berasa lebih bertenaga dan kuat apabila darah mula berjalan dengan lebih lancar. 

13. Adakah EECP ini mendapat kelulusan atau pengiktirafan dari mana-mana badan?

Ya, EECP mendapat kelulusan daripada US Food and Drug Administration (US FDA) pada tahun 1995 sebagai kaedah rawatan untuk penyakit Koronari Arteri (CAD), Angina dan Cardiogenic Shock. Pada tahun 2002 pula, EECP diiktiraf sebagai kaedah rawatan untuk masalah jantung kongestif. EECP telah melalui banyak kajian klinikal di universiti yang terkemuka dan menjadi lebih daripada 190 subjek kajian saintifik yang diterbitkan dalam majalah perubatan utama di seluruh dunia. 

14. Saya mempunyai masalah jantung kongestif. Adakah EECP mampu membantu saya?

Ya, malah pada tahun 2002, EECP telah dikenalpasti sebagai kaedah rawatan untuk masalah jantung kongestif. Selepas menjalani rawatan, pesakit akan mula merasai peningkatan  dengan pengurangan kadar kaki yang bengkak, penurunan kadar sesak nafas dan keletihan dan juga pengurangan pengambilan ubat-ubatan anti diuretik.   

  
15. Saya telah menjalani pembedahan pintasan jantung (by-pass) / Angioplasty (Stenting and balloon). Bolehkah saya menjalani rawatan EECP?

Ya, sudah pasti. Kebanyakan pesakit yang membuat rawatan EECP telah pun membuat kaedah rawatan secara invasif, yakni pembedahan pintasan jantung dan stenting. Malangnya, masalah jantung kembali lagi setelah beberapa tahun. Oleh itu, EECP akan membantu untuk menyelesaikan masalah jantung mereka. 

16. Adakah faktor umur menjadi halangan untuk membuat rawatan EECP?

Tidak. EECP tidak mempunyai sebarang halangan untuk membuat rawatan EECP. Kami telah berjaya merawat pesakit jantung seawal usia 30-an hingglah ke lebih dari 85 tahun. 

17. Adakah terdapat pesakit yang tidak dapat membuat rawatan EECP ini?

Ya, ada beberapa kategori pesakit yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan EECP iaitu mereka yang mengandung, pesakit yang mempunyai masalah injap aortic jantung yang kronik, pesakit yang mempunyai penyumbatan saluran darah di bahagian kaki yang serius (Deep Vein Thrombosis) dan juga pesakit strok yang pernah mengalami pendarahan dalaman (hemorrhage).   

18. Adakah EECP akan menyebabkan 'plak' yang tersumbat di dalam arteri darah pecah dan menyebakan strok atau serangan jantung?

Tidak. Sistem badan manusia mamatuhi hukum fizik dimana cecair yakni darah di dalam saluran darah akan melalui laluan yang mempunyai halangan yang paling kurang. Plak yang terdapat didalam saluran darah akan membina halangan bagi laluan darah di dalam saluran darah. Semasa membuat rawatan EECP, apabila darah balik ke jantung, ia akan secara semulajadi memintas laluan yang mempunyai halangan tersebut, dan melalui laluan yang baru terhasil daripada rawatan EECP, iaitu arteri yang baru. Walaupun laluan ini sedikit lebih panjang, tetapi ianya mudah untuk dilalui kerana tidak terdapat sebarang halangan atau plak. Lama kelamaan, laluan baru ini akan menjadi lebih kuat dan akhirnya menjadi laluan utama darah di dalam jantung pesakit. 

19. Saya mengalami masalah kadar denyutan jantung tidak sekata (irregular heart beat/ palpitation). Apakah saya masih boleh menjalani rawatan EECP?

Ya, masalah palpitation tidak akan mengganggu rawatan EECP selagi ianya dikawal dengan baik dan kadar denyutan jantung tidak melebihi 100 kali seminit. 

20. Saya mempunyai masalah 'peripheral vascular disease' (PVD), iaitu aliran darah yang lemah di bahagian kaki. Adakah saya perlu menjalani rawatan EECP?

Ya, anda perlu menjalaninya. EECP akan membantu memulihkan kadar aliran darah anda bukan sahaja di bahagian kaki malah seluruh sistem vascular (peredaran) darah anda. 

21. Selain jantung, apakah masalah kesihatan lain yang dapat dirawat dengan kaedah EECP?

Secara dasarnya, EECP membantu memulihkan kadar aliran darah di seluruh sistem vaskular badan dengan merangsang sistem badan untuk menghasilkan arteri koleteral yang baru (Angiogenesis). Oleh itu, sebenarnya,banyak masalah kesihatan lain selain jantung yang dapat dipulihkan atau diperbaiki ( improve)  sekiranya aliran darah dapat dibaiki dan dipertingkatkan, seperti:

a) Strok (tanpa pendarahan dalaman)
b) 'Peripheral vascular disease' (PVD)
c) Erectile Dysfunction
d) Retinopathy (penghilatan kabur bagi pesakit diabetik)
e) Neuropathy (masalah gangguan saraf pesakit diabetik)
f) Nefropathy (masalah buah pinggang- tergantung kepada kes secara spesifik)

dan lain-lain lagi.

Kunjungi kami sekarang untuk mendapatkan sesi penerangan lanjut mengenai EECP dan juga satu sesi percubaan EECP secara percuma.

Hubungi : En. Yazry Helmy
 - 019-6681786 / 03- 4148 1786 - di Kuala Lumpur





atau En. Mohamad Khairi 
019- 4490786 / 04- 656 4171- Penang