Tuesday, June 10, 2014

EECP untuk pesakit Strok

Enhanced External Counter Pulsation atau EECP bukan sahaja mampu merawat masalah jantung koroneri dengan berkesan malah ia juga sangat berkesan untuk merawat pesakit strok.

Apa itu Strok?

Strok terjadi apabila sel-sel di otak mati disebabkan oleh penyumbatan yang berlaku di dalam saluran darah (arteri) yang membekalkan darah dan oksigen ke bahagian otak. Ini menyebabkan bahagian otak itu tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi dan gagal untuk berfungsi. Oleh itu, bahagian anggota badan yang di kawal oleh bahagian otak tersebut akan turut gagal berfungsi, contohnya samada anggota sebelah kanan atau anggota sebelah kiri anggota badan. Beberapa kesan daripada masalah strok menyebabkan pesakit tidak dapat berjalan, mengangkat tangan malah tidak dapat bertutur dengan baik. 

Bagaimana EECP dapat membantu merawat masalah Strok?

EECP mengepam darah beroksigen dari bahagian betis, ke peha dan pinggul untuk balik ke jantung pesakit. Proses ini berlaku pada fasa di mana jantung berada dalam keadaan rehat atau mengembang (Diastol). Ia bertindak secara berlawanan dengan tindakan jantung dimana apabila jantung mengecut (Systol), mesin EECP berada dalam keadaan rehat. Proses ini akan berulang-ulang selama sejam bagi setiap sesi rawatan dan berdasarkan kadar denyutan jantung per minit, melalui ECG yang dipasang pada pesakit. 



Proses mengepam darah ini akan menyebabkan kadar aliran darah ke jantung dan otak bertambah. Ia juga akan meransangkan pertumbuhan saluran darah yang baru yang dikenali sebagai arteri kolateral di sekeliling bahagian saluran darah yang tersumbat. Proses ini dikenali sebagai Angiogenesis. Apabila banyak arteri kolateral yang terbentuk, maka darah dapat dialirkan keseluruh bahagian otak melaluinya dan mengelakkan sel-sel otak daripada mati. Ia juga memulihkan bahagian sel otak yang telah terjejas dan juga fungsi motor secara terus seperti aktiviti berjalan, keseimbangan badan, pertuturan dan penglihatan. 



Bagaimana Prosedur rawatan EECP?

Rawatan EECP adalah sangat mudah. Pesakit hanya perlu menjalani rawatan EECP selama 35 sesi dimana setiap sesi memakan masa selama sejam. Rawatan dilakukan dalam masa 5 hari seminggu secara berterusan. Rawatan ini adalah rawatan pesakit luar dan ianya membolehkan pesakit menjalani aktiviti dan rutin harian seperti biasa ketika menerima rawatan ini.

Dimana saya boleh mendapatkan rawatan EECP?

Kami mempunyai dua outlet yang menyediakan khidmat rawatan EECP. 

1- Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

En. Yazry Helmy Baba Ismail 
019- 6681 786



2. Gelugor, Penang
En. Mohd Khairi Juhari
019- 4490 786




Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai rawatan EECP dan juga sesi percubaan EECP secara PERCUMA.

Hubungi sekarang sebelum terlambat.



Monday, June 2, 2014

KENAPA PERLU MEMBUAT RAWATAN EECP

Apa itu kaedah rawatan EECP?


  • EECP adalah kaedah rawatan masalah jantung Koronari Arteri (penyumbatan dalam arteri jantung), Angina (Sakit dada) dan Masalah Jantung Kongestif. Ia adalah kaedah rawatan secara bebas pembedahan (non invasive). 
  • EECP adalah rawatan moden yang terkini dan diiktiraf oleh US FDA untuk kaedah rawatan masalah jantung
  • EECP telah melalui percubaan klinikal (Clinical Trials) untuk membuktikan keupayaannya merawat masalah jantung. Setelah itu, EECP telah disahkan dan dibuktikan mampu menyelesaikan masalah jantung tanpa perlu melalui proses pembedahan (by-pass) atau Angioplasty (Stenting).

Bagaimana proses rawatan EECP?


  • Rawatan EECP perlu dilakukan selama 35 sesi, dimana setiap sesi memakan masa selama satu jam
  • Ia perlu dilakukan 5 hari dalam seminggu, secara berturut-turut.
  • Tidak ada sebarang ubat tambahan yang diperlukan semasa dan selepas rawatan ini
  • Semasa sesi rawatan, pesakit dinasihatkan memakai seluar track bottom (lycra) untuk memudahkan proses rawatan
  • Pesakit akan baring di atas mesin rawatan EECP dan pressure cuff akan dipasang di bahagian betis, peha dan pinggul.
  • ECG juga akan dipasang pada pesakit untuk mengetahui denyutan jantung pesakit dan seterusnya berinteraksi dengan mesin untuk proses mengepam darah


Apa yang berlaku semasa rawatan EECP dijalankan?
  • Mesin akan mengepam darah pesakit mulai bahagian betis, kemudian peha dan seterusnya pinggul dalam waktu yang sangat singkat (mili saat) dan ketika jantung berada dalam keadaan mengembang (rehat). 
  • Dalam fasa ini, darah akan mengalir dari seluruh badan dan balik ke jantung. Maka, pada ketika fasa ini, apabila mesin mengepam darah, ia sebenarnya membantu darah untuk balik semula ke jantung dengan mudah, cepat dan pada tekanan yang tertentu.
  • Mesin tidak akan mengepam darah pada fasa dimana jantung mengecut (mengepam).Oleh itu, tidak akan wujud keadaan dimana aliran darah bertembung akibat tindakan mesin dan juga jantung. 
  • Dengan mengepam darah balik ke jantung pada fasa jantung mengembang, aliran darah di dalam arteri akan menjadi lancar dan daya kerja jantung untuk 'menarik/menyedut' darah balik ke jantung akan berkurangan serta merta. 
  • Oleh itu, jantung akan menerima aliran darah yang balik ke jantung dengan banyak dan baik, yang mana seterusnya akan menyebabkan sistem badan merembeskan hormon untuk membuka saluran darah kolateral (collateral arteries) yang masih dorman untuk menampung aliran darah ini.
  • Ini berlaku kerana apabila aliran darah dapat berjalan dengan lancar dan pada tekanan tertentu, saluran darah yang baru terpaksa diwujudkan kerana saluran darah sedia ada mempunyai banyak mendapan (calcified) yang menghalang aliran darah dengan baik (blockages). 
  • Inilah yang akan berlaku di dalam jantung pesakit dimana banyak saluran darah kolateral yang akan terbentuk disebabkan banyak penyumbatan yang berlaku di dalam saluran darah utama.
  • Malah, ianya bukan sehaja melibatkan saluran darah di jantung sahaja, tetapi seluruh sistem aliran darah akan mengalami situasi yang sama (sistem vaskular).
  • Maka, di sepanjang sistem aliran darah pesakit (vascular system) yang mempunyai penyumbatan di dalamnya, maka saluran darah kolateral yang baru akan terbentuk dan membolehkan aliran darah dapat berjalan dengan lancarnya.
  • Ini seterusnya menyelesaikan masalah kesihatan yang lain yang berkaitan dengan aliran darah seperti Erectile Dysfunction (ED), strok (angin ahmar), retinopathy, nephropathy dan lain-lain. 

EECP sesuai untuk:

1- Pesakit yang mempunyai masalah saluran arteri koroneri tersumbat (Coronary Artery Disease)                      ( walaupun 100% tersumbat/ blocked) 
2- Pesakit yang perlu membuat pembedahan pintasan jantung (by-pass) tetapi tidak mahu kerana takut atau          tidak mampu.
3- Pesakit yang telah menjalani pembedahan by-pass atau memasukkan stent pada arteri tetapi masih    mengalami masalah jantung / sakit dada setelah rawatan selesai (selalunya 1-2 tahun selepas rawatan)
4- Pesakit jantung yang tidak layak untuk menjalani pembedahan pintasan jantung (by-pass) kerana berisiko tinggi seperti faktor usia yang lanjut, keadaan badan yang sangat lemah dan lain-lain.
5- Mereka yang tidak mempunyai masalah jantung tetapi boleh menjalani rawatan EECP sebagai kaedah pencegahan agar tidak mengalami serangan jantung kemudian hari. 

Kelebihan EECP

  1. Rawatan tanpa pembedahan (non Invasive). oleh itu, ianya tidak sakit dan berisiko sangat rendah
  2. Tidak memerlukan tempoh penyembuhan yang lama dan tidak memerlukan ward stay. Rawatan dilakukan secara pesakit luar. Jadi pesakit dapat menjalani rutin harian secara bebas walaupun ketika sedang menerima rawatan.
  3. Tidak memerlukan sebarang ubat-ubatan. Oleh itu, dapat mengelakkan masalah lain yang akan timbul akibat pengambilan ubatan dalam tempoh yang lama
  4. Kos yang sangat rendah berbanding dengan kaedah rawatan invasif iaitu by-pass dan stenting. 
  5. Masalah-masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan peredaran darah juga akan turut selesai.

Dimana saya boleh dapatkan?

Kami mempunyai dua outlet yang menyediakan khidmat rawatan EECP, iaitu di Penang dan Kuala Lumpur.

Pulau Pinang.

Tel: 04- 656 4171
En. Khairi B Juhari - 019- 4490 786




Di Kuala Lumpur

Tel: 03- 4148 1786
En. Yazry Helmy B Baba Ismail 
- 019-6681 786




Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga satu sesi percubaan EECP secara PERCUMA.

Hubungi sekarang sebelum terlambat.