Thursday, September 10, 2015

NON-INVASIVE HEART TREATMENT IN MALAYSIA

EECP is the modern non-invasive heart treatment or therapy, used to treat Coronary Artery Diseases (CAD). It is a totally non invasive procedure, painless, very safe and effective in treating the heart problem. Please click on the link below for more information about EECP

http://cardiocare-eecp.blogspot.my/2014/05/faq-eecp.html?view=magazine

In Malaysia, we provide the EECP treatment at our centre in Kuala Lumpur and Penang

Kuala Lumpur: 
65, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju KLSC
53300, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03- 4148 1786 / 019-6681786



Penang: 2486, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700, Gelugor, Penang, Malaysia
Tel: 04- 656 4171 / 019- 4490786


Monday, September 7, 2015

TANDA-TANDA AWAL SEBELUM BERLAKUNYA SERANGAN JANTUNG..KETAHUINYA

Serangan jantung merupakan antara penyebab utama berlakunya kematian di kebanyakan negara, samada negara maju mahupun yang sedang membangun.

Antara faktor utama yang menyebabkan ianya berlaku adalah kegagalan untuk mengenalpasti tanda-tanda awal masalah jantung dan seterusnya merawatnya, sebaliknya sikap tidak ambil peduli atau alpa ini mungkin akan berakhir dengan kematian akibat daripada serangan jantung (heart attack).

Oleh itu, mari kita kenalpasti dan ambil tahu akan tanda-tanda awal (simptom) untuk berlakunya masalah serangan jantung.




1- Berpeluh dan pening
Badan berpeluh-peluh tanpa anda melakukan sebarang aktiviti lasak atau aggresif, malah ketika berada di dalam bilik yang sejuk dan berhawa dingin. Ini berlaku apabila aliran darah ke minda menjadi kurang, yang menyebabkan fungsinya terganggu. Simptom ini menandakan pesakit mengalami masalah jantung yang serius dan perlu dirawat dengan segera.

2- Tekanan di dada
Merasa bebaban dan tekanan di bahagian dada. Ini adalah simptom yang paling jelas yang menandakan masalah jantung yang paling serius. Malangnya, kebanyakan orang tidak mempedulikannya dengan beranggapan bahawa ianya sesuatu yang biasa berlaku dan tidak menjurus ke arah masalah jantung yang serius. 

3. Keletihan
Badan akan cepat merasa letih walaupun tanpa melakukan kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal yang banyak. Ini adalah disebabkan oleh kerana peredaran darah dan bekalan oksigen yang semakin berkurangan ke seluruh tisu-tisu badan, disebabkan masalah jantung.

4. Kesejukan dan selsema
Ada juga individe yang mengalami masalah kesejukan dan selsema sebelum mendapat serangan jantung. 

5. Kelesuan (Fatigue)
 Kelesuan berlaku adalah hasil daripada kurangnya aliran darah yang dibekalkan kepada otot jantung. Ini disebabkan oleh kerana pembentukan plak (plaque) di dalam saluran darah yang membekalkan darah masuk dan keluar jantung.

6. Sesak nafas
Disebabkan oleh kerana kurang nya aliran darah, fungsi peparu juga akan terjejas. Ketika mana bekalan darah ke peparu berkurangan, pesakit tidak akan mempunyai kapasiti untuk menyedut masuk udara (oksigen) dengan mencukupi, lalu berlakulah insiden sesak nafas. 

Sekiranya anda mengalami mana-mana simptom di atas ini, jangan lagi berlengah untuk mendapatkan rawatan jantung dengan segera. Jangan leka atau bertangguh kerana ianya mungkin menjadi soal antara Hidup dan Mati seseorang. Kaedah yang paling ideal atau berkesan untuk menangani masalah serangan jantung adalah dengan mengenaplasti tanda-tanda nya (simptom) dan merawatnya dengan segera. 

* Dipetik daripada www.fhfn.org 

Antara kaedah rawatan yang berkesan dan termudah adalah dengan Enhanced External Counter Pulsation (EECP). EECP adalah kaedah rawatan moden secara 'Non Invasive' atau tanpa pembedahan untuk merawat masalah Jantung Koronari (Coronary Artery Diseases) yang menyebabkan berlakunya serangan jantung. Ianya terbukti secara klinikal dan mampu menyelesaikan masalah jantung anda dengan berkesan, tanpa sebarang kesakitan. Ianya diiktiraf oleh US FDA sebagai kaedah untuk merawat masalah jantung Koronari. 

Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat dan satu sesi percubaan EECP secara Percuma. Hubungi kami di 

Yazry Helmy B Baba Ismail
019- 6681786
65, Jalan Wangsa Delima 5
Wanga Maju KLSC
53300, Kuala Lumpur
Tel: 03- 4148 1786
www.farrali.com.my/eecp 




Mohamad Khairi B Juhari
019- 4490786
2486, Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor, Penang
Tel: 04- 656 4171
www.farrali.com.my/eecp