Monday, July 8, 2013

HARGAILAH JANTUNG ANDA




  • Jantung manusia mula berdegup sejak dari dalam keadaan janin lagi.
  • Bayangkanlah berapa juta kali jantung anda telah berdegup sejak anda dilahirkan hinggalah sekarang tanpa berhenti walaupun untuk satu saat.
  • Bayangkanlah bagaimana kalau jantung anda perlu berehat sekejap daripada menjalankan 'tugasnya'?
  • Ini tidak mungkin berlaku kerana jantung merupakan salah satu daripada organ penting dalam sistem badan manusia dan ianya sangat unik kerana mampu untuk memulakan denyutan tanpa memerlukan sebarang ransangan daripada otak. Ianya dikenali sebagai pacemaker. Anggota atau organ badan yang lain memerlukan input atau arahan daripada otak sebagai pusat kawalan melalui sistem saraf untuk memulakan sesuatu tindakbalas atau kerja. 
  • Contohnya apabila kita terpegang sesuatu yang panas, otak akan menghantar isyarat kepada otot lengan untuk menarik tangan kita melalui sistem saraf dan deria.
  • Tetapi hal ini tidak akan berlaku pada jantung kerana ia akan sentiasa menjalankan fungsinya tanpa perlu sebarang ransangan dan input dari otak.
  • Oleh itu, jantung kita haruslah sentiasa dijaga dan dipelihara supaya tidak terlampau terbeban dan 'over work'. 
  • Antara perkara yang menyebabkan jantung kita terpaksa bekerja lebih kuat daripada biasa adalah apabila terdapat penyumbatan di dalam arteri (artherosclerosis) dimana aliran darah di dalam arteri terganggu  dan tidak dapat dialirkan dengan baik ke seluruh bahagian otot jantung dan organ-organ yang lain di dalam badan. 
  • Ini seterusnya akan menyebabkan berlakunya ischemia, suatu keadaan di mana organ-organ dan tisu di dalam badan mendapat bekalan darah yang tidak mencukupi yang disebabkan oleh penyumbatan yang berlaku di dalam arteri. 
  • Sekiranya keadaan ini berlaku pada jantung, ianya dikenali sebagai cardiac ischemia ataupun myocardial ischemia dimana bekalan darah dan oksigen ke otot jantung berkurangan, yang mana ia boleh merosakkan otot-otot jantung dan mengurangkan kebolehannya untuk mengepam darah ke seluruh badan. (dirujuk dari www.mayoclinic.com)
  • Penyumbatan separa atau sepenuhnya dalam arteri koronari akan menyebabkan bekalan darah ke otot jantung berkurangan ataupun terputus langsung, yang akan menyebabkan berlakunya serangan jantung (heart attack). 
BAGAIMANA MENCEGAH MASALAH INI?
  • Fenomena ini boleh dirawat dengan memberi tumpuan untuk memulihkan sistem aliran darah (vascular) agar ianya menjadi lancar dan bekalan darah dapat disampaikan ke seluruh organ badan pada kadar yang mencukupi terutamanya otot jantung.
  • Kaedah yang paling ringkas adalah pengambilan ubat-ubatan seperti 'Aspirin' yang boleh mencairkan darah dan mengelakkan berlakunya penyumbatan yang lebih teruk.
  • Selain itu, kaedah pembedahan seperti pemasangan 'balloon and stenting' atau Angioplasty dan juga  Coronary Artery By-Pass Graft (CABG) dapat menolong memulihkan keadaan ini.
  • Kaedah MODEN yang terkini ialah secara Non Invasive atau bebas pembedahan yang dikenali sebagai Enhanced External Counter Pulsation (EECP) mampu merawat masalah ini dengan berkesan dan selamat. Ianya merupakan kaedah rawatan tanpa pembedahan yang dapat merangsang pembukaan arteri kolateral (jaringan saluran darah) di sekeliling otot jantung dan juga kawasan arteri yang mengalami penyumbatan di dalam arteri tersebut. 
  • Pembukaan arteri kolateral ini secara terus menyelesaikan masalah penyumbatan yang berlaku di dalam saluran arteri utama, dimana darah dapat di alirkan melalui arteri kolateral yang baru ini ke seleruh bahagian otot jantung.
  • Apabila otot jantung mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi, ianya dapat berfungsi dengan baik seperti sediakala dan seterusnya membekalkan darah yang mencukupi ke organ-organ lain di dalam badan dengan mencukupi. 


Gambarajah diagnostik yang menunjukkan keadaan jantung sebelum dan selepas rawatan EECP dilakukan. Perhatikan jaringan saluran darah yang banyak (berwarna putih) telah terbentuk di sekeliling otot jantung setelah rawatan EECP dilakukan.

BAGAIMANA RAWATAN EECP INI DILAKUKAN?

Rawatan EECP ini perlu dilakukan sebanyak 35 sesi (1 jam per sesi) yang dilakukan pada kadar minima 5 sesi seminggu atau maksima 10 sesi seminggu. Ketika rawatan, pesakit hanya perlu baring di atas katil EECP dan rawatan dilakukan dengan mengepam di bahagian betis, paha dan pinggul oleh mesin EECP mengikut rentak jantung yang dibaca oleh sistem EKG (ECG) yang dipasang pada pesakit. 
Ianya 100% tanpa pembedahan dan ubat-ubatan dan terbukti sangat berkesan dan selamat.
Pesakit akan terasa seolah-olah diurut di bahagian betis dan paha dan tidak akan mengalami sebarang kesakitan sepanjang tempoh rawatan.

EECP BAIK UNTUK:

Secara dasarnya, rawatan EECP ini mampu untuk memulihkan masalah penyumbatan yang berlaku pada sistem aliran darah (Vascular System) di dalam badan manusia. Oleh itu, pelbagai masalah dan penyakit mampu diubati apabila sistem vaskular ini dapat dibaikpulih dan berjalan dengan lancar seperti:

i) Coronary Artery Disease (CAD) yang menyumbang kepada serangan dan juga kegagalan jantung
ii) Angina (Sakit dada / ketidakselesaan pada dada)
iii) Strok (penyumbatan saluran darah di bahagian otak tanpa pendarahan)
iv) Nephropathy dan Retinopathy pada pesakit diabetis
v) Erectile Dysfunction (ED) bagi lelaki yang disebabkan masalah aliran darah tidak lancar

dan pelbagai lagi......

SIAPA YANG PERLU MENJALANI RAWATAN EECP?

EECP adalah rawatan untuk semua golongan kerana ia bertindak melalui 3 senario yang utama iaitu:

i) Perawatan (Treatment)
ii) Pemulihan (Recovering / Rehabilitation)
iii) Pencegahan (Prevention)

Bagi tujuan perawatan, ianya sangat sesuai untuk pesakit yang mengalami penyumbatan serius di arteri koronari utama (80%, 90% atau 100%). Selain itu, ia juga sesuai bagi pesakit yang tidak mampu dan berisiko tinggi untuk menjalani rawatan pembedahan.

Untuk tujuan pemulihan, EECP boleh dilakukan pada mereka yang telah menjalani kaedah rawatan Angioplasty dan by-pass operation. EECP boleh dilakukan sebaik sahaja prosedur Angioplasty selesai dilakukan tetapi bagi pesakit yang baru menjalani pembedahan by-pass, EECP boleh dilakukan setelah pesakit sembuh sepenuhnya daripada kesan pembedahan tersebut.

Bagi mereka yang belum mempunyai sebarang simptom sakit jantung, rawatan EECP dapat dilakukan sebagai kaedah pencegahan daripada serangan jantung.

DIMANA EECP BOLEH DIDAPATI ?

Kaedah rawatan EECP ini boleh didapati di Farrali Health Naturale yang terdapat di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.

Alamat di Kuala Lumpur:
Farrali Health Naturale
65, Jalan Wangsa Delima 5
Wangsa Maju KLSC
53300, Kuala Lumpur
Tel: +603- 4148 1786  Faks: +603- 4144 4355


Alamat di Pulau Pinang.
Farrali Health Naturale
2486, 1st Floor,
Jalan Sultan Azlan Shah, 
11700, Gelugor, Pulau Pinang 
Tel / Faks: +604- 656 4171



Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan sesi percubaan EECP anda dan juga khidmat rundingan kesihatan secara PERCUMA. 

Jangan berlengah lagi.

Tel: 019- 6681786 (En. Yazry Helmy) -KL
       019- 4490786 (En. Mohamad Khairi) - Penang
       012-2268786 (Dr. Mohd Ghouse)